Harian Metro

JEMBALANG MASJID

 Wanita rugi RM20,000, beg berisi barang kemas, wang lesap

- Mohamad Zulhairie Manzaidi am@hmetro.com.my

“Dia sempat memegang tangan pencuri itu sebelum menjerit 'pencuri...beg aku' hingga beberapa jemaah lelaki berhenti solat dan cuba mengejar tetapi tidak sempat,” kata imam masjid menceritak­an kejadian beg tangan wanita berusia 74 tahun yang solat di atas kerusi direntap ‘jembalang Subuh’. Akibatnya wang tunai dan barang kemasnya bernilai RM20,000 lesap, lapor Mohamad Zulhairie Manzaidi

Selepas pembesar suara hilang tahun lalu, pengurusan Masjid Kota di sini, memasang 12 kamera litar tertutup (CCTV) bagi mencegah kecurian berulang.

Tapi ternyata pemasangan itu tidak menghalang pencuri yang sentiasa mencari peluang untuk mendapat habuan ketika jemaah menunaikan solat.

Terbaru, seorang jemaah wanita berusia 74 tahun kerugian RM20,000 apabila beg tangannya berisi barang kemas dan wang tunai RM3,000 dilarikan pencuri dalam masjid itu.

Kejadian berlaku jam 6.33 pagi (berdasarka­n waktu rakaman di CCTV) ketika jemaah menunaikan solat Subuh.

Imam Tua Masjid Kota, Muhamad Lokman Zakaria berkata, kejadian disedari apabila warga emas itu menjerit sebaik begnya diletakkan di bawah kerusi direntap pencuri berkenaan.

“Warga emas itu uzur dan bersolat atas kerusi. Jadi begnya diletakkan di bawah kerusi sebelum suspek merentapny­a dan disedari jemaah berkenaan.

“Difahamkan, dia (mangsa) sempat memegang tangan pencuri itu sebelum menjerit “pencuri...beg aku.”

“Jeritannya disedari kami dan beberapa jemaah lelaki berhenti solat dan cuba mengejar tetapi tidak sempat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Muhamad Lokman berkata, berdasarka­n rakaman, suspek pada mulanya cuba mengambil beg tangan jemaah wanita di saf kedua, namun tidak kesampaian apabila jemaah itu sujud dan menindih begnya.

“Ketika sujud kedua, dia melompat dua saf untuk mengambil beg tangan warga emas itu di saf paling depan,” katanya yang memberitah­u pencuri itu memakai baju panas hitam berhud dan menutup mulutnya dengan tangan.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, dia membawa wang tunai dan barang kemas itu ke masjid kerana bimbang berlaku kecurian di rumahnya.

Bagaimanap­un, kejadian malang itu menyebabka­n dia kerugian besar.

“Saya reda dan percaya ada hikmahnya. Kejadian ini tidak mematahkan semangat saya ke masjid, cuma akan lebih beringat selepas ini dan takkan bawa beg lagi,” katanya.

Jeritannya disedari kami dan beberapa jemaah lelaki berhenti solat dan cuba mengejar tetapi tidak sempat” Muhamad Lokman

 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK menunggu peluang melarikan beg tangan mangsa.
SUSPEK menunggu peluang melarikan beg tangan mangsa.
 ??  ?? SUSPEK terus melarikan diri.
SUSPEK terus melarikan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia