Harian Metro

WANITA DIRAGUT 2 BERADIK MENINGGAL

 Mangsa koma diragut dua beradik hembus nafas terakhir pagi semalam

- Muhamaad Razis Ismail dan Siti Nadzirah Che Mud am@hmetro.com.my Kota Bharu

“Dia pernah sebut mahu berehat panjang tahun ini dan tidak mahu aktif berpersatu­an lagi. Nampaknya ini ‘rehat’ yang ditakdirka­n Allah,” kata Mohd Zairie Mohamad Zain, 48, suami mangsa ragut, Maria Erianty Zakaria, 40, yang meninggal dunia, semalam.

Maria Erianty menghembus­kan nafas terakhir jam 9.25 pagi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, selepas koma lapan hari akibat kecederaan serius di kepala susulan terjatuh dari motosikal dalam kejadian ragut di Kampung Sri Rebana, Machang, 10 Januari lalu.

Menurut Mohd Zairie, arwah isterinya sebelum ini aktif berpersatu­an termasuk menyertai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sekitar Machang.

“Saya tidak pernah menghalang, malah sentiasa menyokong pembabitan­nya, namun beberapa bulan lalu, arwah tiba-tiba menyuaraka­n hasrat untuk berehat panjang.

“Malah, dia juga sempat bercuti dengan anak bongsu di Melaka beberapa hari sebelum kejadian itu. Melainkan soal berehat itu, arwah tidak menunjukka­n perubahan dan kelakukann­ya seperti biasa.

“Pemergiann­ya begitu dirasai terutama empat anak kami yang memang rapat dengan arwah. Kami reda kehilangan­nya kerana ini takdir Allah,” katanya ketika ditemui di HUSM di sini, semalam.

Katanya, sepanjang dirawat, arwah menjalani pembedahan membuang darah beku di kepalanya pada 11 Januari lalu dan keadaannya stabil meskipun tekanan darah masih tidak menentu.

“Selepas pembedahan itu, kesihatann­ya nampak baik, namun dua hari lalu, kesihatann­ya tiba-tiba merosot dan hari ini (semalam), arwah sepatutnya menjalani pembedahan memasukkan tiub pernafasan di leher.

“Segalanya sudah ditentukan yang ajalnya tiba hari ini (semalam). Saya perlu reda dan bersyukur sempat mengajarny­a mengucap dua kalimah syahadah,” katanya yang berharap dua beradik menyebabka­n kematian isterinya itu dijatuhi hukuman setimpal.

Dia mahu mahkamah memberi pengajaran kepada kedua-dua penjenayah itu kerana mengakibat­kan empat anaknya kehilangan ibu dan dia pula hilang isteri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superinten­dan Dzulkifli Ab Ghani berkata, kedua-dua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkut­an Jalan 1987 susulan kematian mangsa.

“Sebelum ini, kedua-dua suspek berusia 14 dan 26 tahun disiasat mengikut Seksyen 395, Kanun Keseksaan.

“Ia berdasarka­n fakta kes di mana mangsa terjatuh dari motosikal ketika kejadian dan bukan dijatuhkan, malah mangsa juga sempat mengejar suspek sejauh dua kilometer (selepas diragut) dengan motosikaln­ya sebelum terjatuh,” katanya.

Beliau berkata, suspek berusia 26 tahun yang tamat reman kelmarin disambung reman hingga Ahad ini untuk siasatan kes pecah rumah dan jenayah lain manakala adiknya yang tamat reman semalam akan disambung reman empat hari lagi.

Akhbar sebelum ini melaporkan Maria Erianty diragut dua beradik ketika dalam perjalanan menyertai senamrobik di Kampung Sri Rebana, Machang, jam 6.30 petang, 10 Januari lalu.

Dua beradik itu ditahan sejurus kejadian dan didapati positif methamphet­amine.

Pemergiann­ya begitu dirasai terutama empat anak kami yang memang rapat dengan arwah. Kami reda kehilangan­nya kerana ini takdir Allah” Mohd Zairie Mohamad Zain

 ??  ??
 ?? FOTO: FATHIL ASRI ?? MOHD Zairie (kanan) bersama ibu arwah, Mariam Deraman yang tidak dapat menahan kesedihan ketika menunggu untuk menuntut jenazah Maria Erianty di bilik mayat HUSM Kubang Kerian.
FOTO: FATHIL ASRI MOHD Zairie (kanan) bersama ibu arwah, Mariam Deraman yang tidak dapat menahan kesedihan ketika menunggu untuk menuntut jenazah Maria Erianty di bilik mayat HUSM Kubang Kerian.
 ??  ?? GAMBAR kenangan Mohd Zairie bersama Maria Erianty tahun lalu.
GAMBAR kenangan Mohd Zairie bersama Maria Erianty tahun lalu.
 ??  ?? DZULKIFLI
DZULKIFLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia