Harian Metro

‘NAK TANDING PITIH HABIS’

 Tok Mun simpan hasrat nak bertanding lagi PRU-14

- Helmy Abd Rahman helmy_rahman@hmetro.com.my Kuala Terengganu

“Kalau ada pitih (wang) berasa nak juga masuk bertanding sekali lagi, tapi nak buat macam mana le ni (sekarang ini) tok sudah tidak ada pitih,” kata Maimun Yusof, 99, bekas calon Bebas yang bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) 2008 dan PRU-13, 2013.

Maimun atau lebih senang disapa Tok Mun menjadi perhatian ramai sebelum ini kerana selain muncul sebagai calon tertua yang bertanding di Terengganu, tetapi kemampuann­ya dengan hanya berbasikal dan berjalan kaki untuk meraih undi.

Dia yang masih sihat walaupun usianya menghampir­i satu abad ketika ditemui semalam berkata, dia tidak mampu menyediaka­n modal sendiri untuk bertanding pada PRU-14 akan datang.

Menurutnya, dia sudah menghabisk­an kira-kira RM60,000 sepanjang kempen dalam kedua-dua PRU sebelum ini.

“Walaupun sudah habis banyak wang, tok masih tidak serik untuk mencuba dan memang mahu sangat bertanding lagi kalau ada pitih, tok juga masih sihat lagi.

“Tapi nampaknya kali ini tok terpaksa lupakan hasrat bertanding lagi sebab mungkin tidak sempat untuk kumpul pitih kerana PRU boleh diadakan pada bila-bila masa,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Atas Tol.

Pada PRU-12, Tok Mun hilang wang deposit selepas hanya meraih 685 undi dalam pertanding­an tiga penjuru yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN) yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarha­m Datuk Razali Ismail ketika itu dengan 32,562 undi.

Seorang lagi calon ialah Timbalan Presiden PAS ketika itu, Mohamad Sabu yang meraih 31,934 undi.

 ??  ??
 ??  ?? Tok masih tidak serik untuk mencuba
Tok Mun
Tok masih tidak serik untuk mencuba Tok Mun

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia