Harian Metro

PERGI BERSAMA

Dua beradik maut, dua cedera parah kereta bertembung lori

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

Dua beradik maut, dua individu lagi parah selepas sebuah kereta Toyota GL dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori tiga tan di Kilometer 2, Jalan TenomLagud Seberang, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kirakira jam 8.30 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu kereta, Ng Vui Ying, 26, dan penumpang hadapan kenderaan terbabit, Ng Vui Yang, 27.

Mangsa yang parah adalah dua penumpang belakang kereta itu, Ng Vui Quan, 26, dan rakannya, Fo Ket Tang, 27.

Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superinten­dan Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata, sebelum kejadian, Toyota GL itu dalam perjalanan dari arah pekan Tenom menghala ke Jalan Lagud Seberang.

Beliau berkata, sebaik tiba di satu selekoh, pemandu kereta itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke laluan bertentang­an.

“Akibatnya, kenderaan itu merempuh sebuah lori tiga tan yang dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun.

“Orang ramai yang menyaksika­n kejadian segera membantu menghubung­i pihak berkuasa.

“Bagaimanap­un, pemandu dan penumpang hadapan kereta itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota perubatan yang tiba tidak lama kemudian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, dua lagi penumpang parah apabila tersepit di tempat duduk belakang Toyota GL dan dikeluarka­n dengan bantuan bomba. Pemandu lori tiga tan itu turut cedera.

“Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tenom untuk mendapatka­n rawatan susulan,” katanya.

Dalam pada itu,

Mohd Firdaus berkata, berdasarka­n siasatan awal, kedua-dua pemandu kenderaan itu memiliki lesen memandu yang sah.

Bagaimanap­un, pihaknya masih menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

“Kedua-dua pemandu disyaki tidak mabuk, namun sampel darah pemandu terbabit akan diambil untuk ujian kandungan alkohol.

“Namun, polis masih menjalanka­n siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu jam 9 pagi.

Beliau berkata, susulan itu, sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. Bomba terpaksa menggunaka­n alat khas untuk mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam kereta berkenaan.

“Operasi tamat sepenuhnya jam 10.12 pagi. Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? DUA beradik yang menaiki kereta maut manakala dua penumpang cedera parah.
KERETA dinaiki empat lelaki remuk bertembung dengan sebuah lori tiga tan
di Jalan Lagud Seberang, Tenom,
semalam.
DUA beradik yang menaiki kereta maut manakala dua penumpang cedera parah. KERETA dinaiki empat lelaki remuk bertembung dengan sebuah lori tiga tan di Jalan Lagud Seberang, Tenom, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia