Harian Metro

10,000 rai majlis Abam

-

Kuala Lumpur: Hampir 10,000 tetamu hadir pada majlis persanding­an pelawak terkenal Abam Bocey di Batu 10, Jalan Gombak, di sini, semalam.

Majlis berlangsun­g di kediaman keluarga Abam itu turut dimeriahka­n jiran tetangga, kenalan rapat dan peminatnya.

Abam, 29, atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd berkata, dia gembira apabila hasratnya untuk melihat semua orang hadir pada majlis bersejarah­nya itu terlaksana.

“Alhamdulil­lah saya gembira melihat ramai kenalan datang dan ada juga yang saya tidak kenal. Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi meraikan majlis persanding­an saya,” katanya.

Segak berpakaian songket Melayu berwarna merah, Abam dan isteri Siti Nurhidayah Mohd Ali, 25, turut terharu apabila majlis yang menelan belanja hampir RM50,000 itu mendapat tajaan daripada banyak pihak.

Pasangan ini melangsung­kan pernikahan pada 8 Disember lalu di Sabak Bernam, Selangor. Kuala Lumpur: Penyanyi Hafiz Hamidun, 33, dikecam netizen selepas menasihati Instafamou­s, Faiz Roslan di Twitter miliknya.

Dalam tweet yang ditulis, Hafiz atau Mohammad Hafiz Hamidun menasihat secara lembut penampilan Faiz yang gemar memperagak­an pakaian wanita.

“Tak salah. Pakailah. Tak ada sesiapa nak marah pun. Letaklah. Tak ada sesiapa marah pun. Parodi? Tak ada sesiapa marah pun.

“Itu semua tak salah kalau kita jahil dan tak tahu halal dan haram.

Faiz kena belajar sikit-sikit. Nanti Faiz tahulah salah

Make up?

atau tak. Ini nasihat. Bukan kecaman,” tulisnya.

Hafiz ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia tiada niat untuk menghentam atau menjatuhka­n Instafamou­s itu memandangk­an dia juga pengikut di Instagram Faiz.

“Apa yang saya luahkan di Twitter adalah pandangan peribadi sama seperti orang lain yang meluahkan pendapat mereka.

“Apabila ada yang membalas dengan komen negatif, saya tak boleh halang mereka kerana itulah media sosial.

“Apa yang saya tulis itu adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri dan semua yang membaca. Ia adalah kata-kata nasihat dan kalau sudah namanya nasihat, ia adalah benda baik.

“Saya juga yakin Faiz cukup matang untuk menerima nasihat memandangk­an dia juga kini menjadi sebahagian daripada industri,” katanya.

 ??  ?? MAJLIS persanding­an Abam dan Siti Nurhidayah, semalam.
MAJLIS persanding­an Abam dan Siti Nurhidayah, semalam.
 ??  ?? HAFIZ
HAFIZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia