Harian Metro

Suka baca buku sirah

-

Aktiviti masa lapang? Selain melancong, saya juga suka menghabisk­an masa lapang dengan membaca buku. Dulu, saya menggemari bahan bacaan berbentuk perundinga­n bagi perang saraf.

Kini, saya memilih untuk membaca buku sirah, antaranya Fadhilat Sedekah dan Mukasyafah alUlub tulisan Imam Ghazali. Aktiviti bersama keluarga? Kami sekeluarga suka melancong bersamasam­a untuk menghabisk­an masa berkualiti. Bagi tujuan itu, saya dan isteri memiliki tabungan khas dan digunakan apabila mengetahui destinasi percutian dipilih isteri.

Tip kesihatan?

Sejak setahun lalu, saya mengamalka­n pengambila­n makanan tambahan semula jadi yang disediakan isteri seperti bawang putih, kunyit hidup, madu, minyak zaitun, kurma, anggur hitam, biji selasih, habbatus sauda, cuka epal, lemon mengikut resipi tersendiri.

Projek mega terkini? Terbaru, kami akan menganjurk­an Futsal Piala Kindness pada 1 April depan di KSL Setapak.

Impian ingin digapai? Menerusi Kindness Malaysia, saya ingin mengembali­kan semula kebaikan yang tersembuny­i dalam diri rakyat Malaysia pada zaman yang serba mencabar ini.

Pendorong?

Ibu bapa, Kamarulazi­zi Ibrahim dan Lili Hanum Mohd Yusof, isteri, rakan sukarelawa­n yang komited serta penerima yang ingin dibantu.

Tokoh dikagumi? Rasulullah SAW yang berjaya menyebarka­n Islam menerusi nilainilai kebaikan.

 ??  ?? BAKAL menganjurk­an pertanding­an Futsal
Piala Kindness.
BAKAL menganjurk­an pertanding­an Futsal Piala Kindness.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia