Harian Metro

Masa cepat berlalu tanda kiamat makin hampir

-

Masa adalah sesuatu yang pantas perjalanan­nya. Sekiranya sudah berlalu, ia tidak kembali dan tidak mampu diganti. Masa adalah harta milik manusia yang paling berharga dan mahal.

Asas pada nilai masa menjadi bekas kepada segala amalan dan pengeluara­n. Hakikatnya, ia adalah modal sebenar untuk manusia sama ada individu mahupun kumpulan.

Masa bukan hanya seperti emas, bahkan lebih mahal daripada itu. As Syahid Hasan Al Banna berkata: “Masa adalah sebuah kehidupan dan kehidupan itu adalah masa yang dihabiskan bermula saat kelahiran sehingga kematianny­a.”

Dalam konteks ini, Hasan Al Basri ada menyebut: “Wahai anak Adam, kamu adalah himpunan hari-hari, setiap kali berlalu satu hari, berlalulah sebahagian daripada kamu.”

Oleh itu, semua manusia menyedari begitu pentingnya pengurusan masa dalam kehidupan. Sekiranya manusia tidak bijak mengurus masa dengan baik maka dia akan berada dalam kerugian. Bahkan rahsia kejayaan seseorang kebanyakan­nya ialah pengurusan masa yang baik.

Akhir-akhir ini tidak dinafikan walaupun kita menjaga masa sebaik mungkin, kita dapat rasa masa berlalu terlalu pantas.

Ramai yang berpendapa­t masa zaman kini semakin singkat. Sebahagian manusia menyangka waktu yang dirasakan semakin singkat disebabkan kita terlalu sibuk dengan pelbagai urusan.

Hakikatnya, fenomena kepantasan waktu adalah petanda bahawa dunia sudah semakin hampir hujung usianya. Ini juga dinyatakan dalam hadis.

Daripada Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti sejam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api.” (HR Tirmizi)

Masa berlalu begitu cepat.

Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut sedangkan banyak perkara belum dapat diselesaik­an. Inilah yang dimaksudka­n dengan singkatnya masa.

Menurut Imam al Karmani, yang dimaksudka­n dengan singkatnya masa ialah dicabut keberkatan daripadany­a.

Memang benar apa yang dikatakan oleh Imam al Karmani itu. Dahulu dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan berbanding sekarang. Ini adalah petanda hampirnya kiamat.

Inilah tanda akhir zaman yang diungkapka­n Nabi Muhammad SAW. Terlalu cepat masa berjalan sehingga manusia lupa mereka mempunyai batas waktu untuk bernafas di dunia ini.

Oleh itu, sedarlah bahawa tanda cepatnya masa berjalan ini menunjukka­n kita sudah berada pada akhir zaman. Terlalu banyak tanda kiamat kecil yang sudah berlaku tetapi masih ramai yang tidak endah dan berasakan ini fenomena biasa.

Kiamat pasti tiba. Ajal pasti menjemput kita semua. Seorang Muslim yang mengerti nilai dan kepentinga­n masa, sepatutnya mengisi masa itu dengan perbuatan baik, mengikut kemampuan.

Jadilah manusia yang tidak tergolong dalam kalangan yang lemah dengan suka tangguh urusan sedangkan masa tidak pernah menunggu kita.

Kita tidak boleh mengundurk­an masa yang sudah berlalu tetapi kita boleh melakukan perubahan untuk memanfaatk­an masa akan datang dengan kebaikan. Semua ini kita tidak mampu melainkan dengan pertolonga­n Allah SWT.

Justeru, Rasulullah SAW memberi panduan dan doa supaya diberi kekuatan untuk sentiasa memanfaatk­an masa dengan melakukan kebaikan dan perkara yang diredai.

Antara doa dan wirid yang diajarkan Nabi Muhammad

SAW kepada umatnya supaya mengucapka­n pada waktu pagi dan petang; “Ya Allah, aku berlindung denganmu daripada kesedihan dan kedukaan, dan aku berlindung denganmu daripada lemah dan malas.”

Semoga kesedaran kita bahawa tanda kiamat kecil seperti yang berlaku hari ini menjadikan kita lebih bermuhasab­ah dan berhatihat­i melayari kehidupan yang penuh ujian dan cabaran.

Mudah-mudahan berkat doa yang dibaca pada waktu pagi dan petang ini juga, kita sentiasa memanfaatk­an masa sebaik mungkin dengan bersegera dan bersemanga­t melakukan amalan kebaikan.

Hari ini terlalu banyak ujian dan kita perlukan hubungan yang kuat dengan pencipta melalui doa. Kita sedar masa terlalu cepat berlalu tanda kiamat hampir tiba.

Pandanglah dengan rahmah Ubahlah dengan berhikmah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia