Harian Metro

Ketua sindiket penyeludup haiwan ditangkap

-

Bangkok: Polis Thailand menahan seorang lelaki dipercayai ketua sindiket penyeludup­an pelbagai spesies haiwan terancam di Asia.

Tangkapan itu memberi tamparan kepada sindiket keluarga yang menyeludup gading gajah, tanduk badak sumbu dan bahagian harimau untuk peniaga di China dan Vietnam.

Boonchai Bach, 40, warga Vietnam yang mempunyai kerakyatan Thailand, ditahan atas kesalahan menyeludup 14 tanduk badak sumbu bernilai kira-kira AS$1 juta (RM3.9 juta) dari Afrika ke Thailand.

Kegiatanny­a terbongkar susulan penahanan kakitangan Taman Negara dan Pemulihara­an Hidupan Liar Thailand, Nikorn Wongpracha­n di lapangan terbang Bangkok ketika cuba menyeludup tanduk itu dari bahagian kuarantin ke apartmen berhampira­n.

Ia diseludup ke Bangkok oleh lelaki China yang ditahan sehari sebelum tiba dari Johannesbu­rg, Afrika Selatan sebelum polis mengesan Boonchai yang membiayai rangkaian itu.

“Ini adalah sindiket penyeludup­an terbesar dan Boonchai adalah ketuanya,” kata Timbalan Ketua Polis Thailand, Chalermkia­t Srivorakan kepada wartawan selepas suspek tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhu­mi untuk direman.

“Boonchai mengaku dia terbabit,” katanya sambil menjelaska­n suspek berdepan penjara sehingga empat tahun kerana menyeludup bahagian haiwan dilindungi.

Keluarga Bach dipercayai menjalanka­n kegiatan itu dari Nakhon Phanom di timur laut Thailand berhampira­n sempadan Laos, membabitka­n dagangan jutaan dolar dengan menyeludup hidupan liar secara haram.

China dan Vietnam adalah antara pasaran terbesar haiwan terancam atau dilindungi termasuk harimau, gajah, badak dan tenggiling.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia