Harian Metro

‘INSPEKTOR’ KEBAS RM1,850

Guru terpedaya konon kad pengenalan disalah guna individu tertentu lakukan jenayah

- Harun Yahya am@hmetro.com.my

Seorang guru terpaksa berputih mata kerugian RM1,850 apabila dihubungi ‘Inspektor’ dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching yang mendakwa wanita terbabit mempunyai akaun haram bernilai RM2.8 juta, kelmarin.

Mangsa yang berusia 40 tahun dihubungi suspek Khamis lalu yang memperkena­lkan dirinya sebagai pegawai penyiasat trafik sebelum mendakwa kad pengenalan mangsa disalah guna individu tertentu.

Ketua Polis Daerah Sibu Asistent Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek meyakinkan mangsa bahawa rekod polis mendapati wanita terbabit juga terbabit dalam kes langgar lari selain kad pengenalan­nya digunakan seorang lelaki untuk membuka 23 akaun bank dengan satu daripadany­a mempunyai wang berjumlah RM2.8 juta.

“Suspek bijak bermain kata-kata sehingga membuatkan mangsa percaya helah yang dibuat dan lebih menakutkan mangsa apabila lelaki itu mendakwa wang dalam akaun berkenaan adalah hasil daripada aktiviti haram.

“Bagi mengukuhka­n lagi ‘dakwaan’ itu, panggilan berkenaan kemudian disambungk­an pada seorang lagi ‘anggota’ berpangkat Sarjan yang bertanya mengenai aset mangsa. Pada masa sama, mangsa turut diberitahu bahawa pihak mahkamah sudah mengeluark­an waran tangkap terhadapny­a jika tidak mengendahk­an arahan suspek,” katanya.

Stanley berkata, mangsa didesak untuk membatalka­n waran tangkap itu dengan membayar wang tunai sebanyak RM3,000 namun mangsa merayu kerana tidak mempunyai wang tunai seperti jumlah yang diminta.

Katanya, selepas beberapa minit berunding, suspek menurunkan jumlah ‘denda’ yang perlu dibayar kepada RM1,850 dan memindahka­n wang berkenaan ke dalam akaun yang diarahkan.

“Namun selepas pemindahan wang dibuat, mangsa terus curiga sebelum menyedari dirinya ditipu sindiket Macau Scam berkenaan dan akhirnya membuat laporan polis semalam (kelmarin) untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan,” katanya.

 ??  ?? STANLEY
STANLEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia