Harian Metro

TAUGE JIJIK

Warga asing tanam tauge di premis kotor sebelum dijual di Lembah Klang

- lapor Nurul Hidayah Bahaudin dan Nur Sufiah Abd Halim

Ramai penduduk di Lembah Klang dikhuatiri termakan tauge diragui tahap kebersihan­nya kerana ditanam warga asing Bangladesh dalam persekitar­an kotor dan meloyakan. Mereka dikatakan membekalka­n kira-kita satu tan metrik tauge itu sehari kepada kedai runcit serta restoran,

Jijik dan meloyakan. Itu gambaran sebuah premis yang dijadikan lokasi untuk menanam dan menuai sayur tauge yang diusahakan pendatang asing tanpa izin dari Bangladesh sebelum diedarkan ke pasar serta kedai runcit sekitar Lembah Klang.

Premis dipercayai beroperasi secara haram itu terletak berhampira­n Pasar Borong Selayang di sini dan dikatakan membekalka­n hampir satu tan metrik sehari tauge yang diedarkan kepada pelanggan yang kebanyakan­nya peniaga kedai runcit serta restoran.

Wartawan Harian Metro yang melakukan tinjauan beberapa kali di premis berkenaan sejak minggu lalu mendapati lantai premis itu berada dalam keadaan kotor, berlumut selain air untuk membasuh sayur berkenaan dibiarkan bertakung dan digunakan berulang kali.

Malah keadaan premis yang terbuka berhampira­n semak-samun itu juga mengundang haiwan seperti lipas dan tikus, sekali gus mencetuska­n tanda tanya sama ada tauge yang dihasilkan selamat untuk dimakan atau sebaliknya.

Susulan beberapa tinjauan awal, wartawan Harian Metro pergi semula ke lokasi berkenaan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kesatuan Melayu Nasional (KMM) untuk melakukan siasatan.

Bagaimanap­un sebaik tiba, semua pekerja di premis itu kelam-kabut melarikan diri dengan membiarkan tauge terdedah dan bertaburan di atas lantai.

Mereka yang dipercayai pendatang asing tanpa izin itu bertindak melarikan diri kerana menyangka pihak berkuasa membuat serbuan.

Sebaik memasuki premis, wartawan mendapati terdapat banyak bekas dan tong berisi tauge dibiarkan terdedah selain bekas lain berisi air untuk mencuci tauge berkenaan berada dalam keadaan jijik dan kotor.

Di dalam premis itu juga ada beberapa peralatan besi berkarat yang digunakan untuk membersihk­an tauge di samping satu bekas mengandung­i takungan air serta beberapa beg plastik.

Air di dalam bekas itu turut bercampur kotoran tauge yang tidak dibersihka­n dan dipercayai digunakan berulang kali bagi membersihk­an sayuran itu sebelum ia dibungkus.

Setiausaha KMM Khairul Khuzaini Zamsani berkata, pihaknya terkejut dengan kewujudan premis itu yang menjadi pembekal utama tauge kepada peniaga tempatan di Lembah Klang.

“Keadaan premis ini amat kotor dengan air bertakung di kawasan sekitar selain berbau busuk. Tikus juga kelihatan berkeliara­n dan boleh mengundang penyakit maut Leptospiro­sis,” katanya.

Menurutnya, tindakan segera perlu diambil pihak berkuasa terhadap premis itu yang beroperasi secara haram.

 ??  ??
 ??  ?? TIMBUNAN tauge yang dibiarkan ketika diserbu. KHAIRUL menunjukka­n tauge yang dibiarkan terdedah di gerai terbabit selepas penjaga yang dipercayai warga asing melarikan diri. TAKUNGAn air yang kotor digunakan untuk memproses tauge.
TIMBUNAN tauge yang dibiarkan ketika diserbu. KHAIRUL menunjukka­n tauge yang dibiarkan terdedah di gerai terbabit selepas penjaga yang dipercayai warga asing melarikan diri. TAKUNGAn air yang kotor digunakan untuk memproses tauge.
 ??  ?? LANTAI kotor dan menjijikka­n di premis terbabit.
LANTAI kotor dan menjijikka­n di premis terbabit.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia