Harian Metro

BALA NAFSU

Pengurus restoran makanan segera ajak pekerja buat hubungan seks dibelasah ibu bapa mangsa

- Safeek Affendy Razali news@nstp.com.my

Sengaja undang bala. Itu nasib menimpa seorang pengurus restoran makanan segera yang dibelasah selepas mengajak salah seorang pekerja wanitanya melakukan hubungan seks.

Dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, ibu dan bapa gadis berusia 22 tahun itu dikatakan datang ke restoran berkenaan di Presint Diplomatik, Putrajaya, di sini.

Mereka dikatakan tidak berpuas hati selepas anak mereka mengadu tindakan biadap pengurus restoran terbabit.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan, berkata, ibu dan bapa gadis itu muncul bersama beberapa lelaki lain bagi tujuan berbincang isu berkenaan.

“Bagaimanap­un sewaktu berbincang, berlaku pergaduhan dan rusuhan di lokasi kejadian.

“Kedua-dua pihak saling menumbuk dan memukul menggunaka­n objek yang diambil dari kedai bersebelah­an restoran makanan segera itu,” katanya. Rosly berkata, anggota peronda polis (MPV) yang dimaklumka­n berhubung kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian.

“Susulan rusuhan itu, pihak polis menahan empat lelaki dan dua wanita daripada keluarga gadis terbabit selepas dilaporkan menyerang pengurus restoran itu.

“Susulan siasatan dilakukan, pihak polis menahan pengurus restoran terbabit serta dua rakannya yang dilaporkan turut sama menyerang keluarga gadis itu,” katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan rusuhan dan pihak polis sedang mendapatka­n perintah tahanan reman ke atas mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia