Harian Metro

DISYAKI ADA DADAH

Bungkusan dipercayai dibuka sebelum dipaket semula

- Siti Sofia Md Nasir news@nstp.com.my

“Hasil analisis sampel peket kopi menunjukka­n ia sudah dibuka dan dipaketkan semula kerana bahagian bawah bungkusan ada kesan koyakan” Anuar Omar

Polis mengesahka­n kopi campuran segera yang menyebabka­n lima individu mengalami gejala lemah dan pening keterlalua­n disyaki mengandung­i dadah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, rakaman percakapan dengan pegawai Teknologi Makanan, Makmal Keselamata­n dan Kualiti Makanan Pulau Pinang mengesahka­n kandungan benda asing disyaki dadah yang masih belum dikenal pasti.

Beliau berkata, keputusan itu adalah hasil analisis makmal terhadap kandungan peket kopi yang diminum dua warga Nepal sehingga mangsa dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pada Selasa lalu selepas pitam.

“Hasil analisis sampel peket kopi menunjukka­n ia sudah dibuka dan dipaketkan semula kerana bahagian bawah bungkusan ada kesan koyakan.

“Manakala berat paket yang dipaket semula itu menunjukka­n penambahan lebih 10 gram daripada berat asal iaitu daripada 40 gram kepada 50 gram.

“Di dalam serbuk kopi itu juga mengandung­i bendasing berwarna hijau berbeza dengan kandungan peket asal,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Anuar berkata, dua warga Nepal berkenaan turut mendakwa menerima kopi campuran segera itu secara percuma daripada wanita tidak dikenali.

Katanya, suspek memberikan bungkusan yang mengandung­i 16 peket kecil kopi dan terus beredar tanpa sebarang penjelasan.

“Dalam kejadian pertama Sabtu lalu, dua mangsa menerima rawatan di HPP selepas minum kopi campuran segera itu dan mereka turut memperoleh peket kopi secara percuma daripada seorang individu yang tidak dikenali di sebuah tokong.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 272 Kanun Keseksaan kerana mencampurk­an makanan atau minuman untuk jualan dengan benda yang kurang baik,” katanya.

Selasa lalu, dua warga Nepal dimasukkan ke HPP selepas mengalami pening kepala keterlalua­n dan pitam selepas minum sejenis kopi segera campuran.

Jabatan Kesihatan negeri turut mengesahka­n lima individu termasuk dua warga Nepal terbabit, mengalami gejala sama selepas minum kopi berkenaan.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 1 Februari lalu.
LAPORAN Harian Metro, 1 Februari lalu.
 ??  ?? LAPORAN muka depan Harian Metro, 1 Februari lalu.
LAPORAN muka depan Harian Metro, 1 Februari lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia