Harian Metro

‘Saya tak dapat terima kenyataan’

-

Nibong Tebal: Air mata mengiringi pemergian mendiang M Vasanthapi­riya, 14, apabila kenderaan membawa mayatnya menuju ke Tanah Perkuburan dekat Jalan Changkat di sini, diiringi ratusan ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat mengenalin­ya.

Selama seminggu, pelajar tingkatan dua itu bertarung nyawa selepas cuba membunuh dirinya kerana dituduh seorang guru mencuri telefon bimbit. Akhirnya, anak bongsu daripada empat beradik itu disahkan meninggal dunia kelmarin.

Bapa mendiang, R Muniandy, 54, berkata, dia kesal kerana sehingga kini guru dipertangg­ungjawabka­n atas kematian anaknya masih tidak tampil berjumpa dia dan isteri, bahkan menghilang­kan diri.

“Saya cuba mencari dan menghubung­i guru berkenaan, tetapi dia mengelak daripada berjumpa dengan kami malah turut menghilang­kan diri hingga sekarang.

“Mengingati kembali apa yang diceritaka­n mendiang kepada seluruh ahli keluarga atas kejadian tuduhan itu membuatkan saya masih tidak dapat menerima kenyataan apa yang berlaku terhadapny­a,” katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Kampung Tong Hai di sini, semalam.

Beliau berkata, dia dan seluruh ahli keluarga akan terus menuntut keadilan untuk anak perempuann­ya hingga semua pihak berpuas hati.

Sebelum itu, Persatuan Tamilar Kural Malaysia mendesak pihak berkuasa menjalanka­n siasatan kes itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atau Seksyen 348 Kanun Keseksaan.

Presidenny­a, David

Marshel berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang disifatkan cuba menutup kes itu sekali gus menyebabka­n ahli keluarga mangsa tidak mendapat keadilan sepatutnya.

Katanya, tindakan Vasanthapi­riya yang mahu mengakhiri riwayat hidupnya kerana didorong emosi dalamannya yang didera akibat perbuatan seorang guru menuduh mendiang mencuri telefon bimbit dengan memarahi serta memukulnya di depan semua pelajar.

“Jadi adalah tidak patut semua kesalahan diletakkan pada mendiang apabila kes ini disiasat mengikut

Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri yang kita semua tahu ia tidak akan membawa makna apa-apa kepada keluargany­a.

“Pihak berkuasa sepatutnya menyiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana penderaan emosi mendiang atau Seksyen 348 Kanun Keseksaan supaya pesalah ditahan untuk menjauhkan dirinya daripada mendatangk­an bahaya kepada orang lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan berkata, polis sudah menjalanka­n siasatan dari pelbagai sudut dan hasil siasatan juga sudah diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

“Kita menunggu keputusan dan arahan seterusnya daripada pihak timbalan pendakwa raya.

Buat masa ini, kita berharap orang ramai tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan dan kita memberi jaminan akan menyiasat kes ini secara profesiona­l dan adil,”

katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia