Harian Metro

Mira Filzah bantu naik rating Nona

-

Kuala Lumpur: Penampilan pelakon dan pengacara popular Mira Filzah selaku pengacara Nona musim baru berjaya meningkatk­an jumlah tontonan program itu sebanyak 10 peratus sejak ditayangka­n 7 Januari lalu.

Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama & Rancangan TV3 & TV9, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, pemilihan Mira, 24, adalah untuk menyuntik elemen lebih segar dalam program itu.

Menurutnya, perwatakan Mira bukan saja berjaya menyandang tugasan sebagai pengacara Nona dengan baik malah dia juga mampu menarik golongan muda untuk mengikuti program ini.

“Pihak kami gembira kerana Mira diterima baik penonton setia Nona. Selain memiliki jumlah pengikut yang ramai di Instagram, Mira juga ada pengalaman mengacara sebelum ini iaitu dalam program Mahligai Cinta, Qari Jr 2015 dan 3 Juara.

“Kami juga tidak melupakan yang lama kerana Nona sudah bersiaran sejak 1985. Penampilan Mira untuk menarik generasi muda kerana ia sesuai untuk tontonan semua peringkat umur,” katanya.

Siti Nurlisia berkata, Mira yang menggantik­an pengacara sebelum ini, Uyaina Arshad sudah menjayakan penggambar­an lapan episod program itu.

“Kami harap jumlah tontonan akan terus meningkat dari semasa ke semasa kerana ia adalah program utama di TV3. Sama ada Mira akan terus kekal mengendali­kan Nona untuk musim seterusnya bergantung kepada sambutan pada program itu nanti,” katanya.

Selain di televisyen, Nona yang ditayangka­n setiap Ahad jam 2 petang juga dapat diikuti menerusi portal www.tonton.com.my melalui pakej tonton VIP.

Sementara itu, Mira ketika dihubungi berkata, dia bersyukur dan terharu apabila kemunculan­nya sebagai pengacara Nona mendapat sambutan baik penonton.

 ??  ?? MIRA Filzah
MIRA Filzah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia