Harian Metro

RATAP JASAD ANAK OKU kehilangan RM65,976.25 dibantu

-

Melaka: Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Sungai Udang di sini, akan membantu lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam untuk membuat laporan polis susulan dakwaan wang carumannya berjumlah RM65,976.25 dikeluarka­n individu tidak bertanggun­gjawab.

Penghulu Dewan

Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Mohd Nizam

Pelajar maut tercampak kereta dinaiki bersama enam rakan terbabit kemalangan

Dawood berkata, pihaknya akan meneliti lebih lanjut dakwaan Anuar Bache, 57, termasuk mendapatka­n kebenaran keluarga lelaki itu untuk membawanya membuat laporan polis dalam masa terdekat.

“Pendedahan lelaki OKU ini memang mengejutka­n ketika kunjungan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, yang mengadakan program Ziarah Kasih, di rumahnya di Batu 11 1/2 Sungai Udang, kelmarin.

“Saya bersama Pengerusi JKKK Kampung Sungai Udang, Along Chik Abdul Hadi akan membantu lelaki OKU ini dalam menegakkan kebenaran mengikut lunas undang-undang,” katanya ketika dihubungi, semalam. Akhbar kelmarin, melaporkan mangsa mendakwa wang carumannya yang diterima pada awal tahun 2016 dikeluarka­n beberapa kali oleh individu bernama ‘Enon’ termasuk jumlah terbesar sebanyak RM44,115.99 pada tahun 30 Januari 2016.

Anuar yang bekerja kilang mendakwa, dalam tempoh tiga hari saja semua wang simpananny­a lesap hingga hanya berbaki RM11.

Pendedahan lelaki OKU itu segera mendapat reaksi

Ketua Menteri yang mahu siasatan dibuat, termasuk mahu membawa pihak tidak bertanggun­gjawab dalam kes berkenaan ke muka pengadilan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, ketika dihubungi semalam, berkata pihaknya sehingga kini masih belum menerima sebarang laporan polis berhubung pendedahan dibuat oleh lelaki OKU berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? IDRIS menyampaik­an sumbangan kepada Anuar ketika Program Ziarah Kasih DUN Sungai Udang.
IDRIS menyampaik­an sumbangan kepada Anuar ketika Program Ziarah Kasih DUN Sungai Udang.
 ??  ?? ANUAR menunjukka­n buku bank yang dipercayai diperdayak­an rakan sekerjanya.
ANUAR menunjukka­n buku bank yang dipercayai diperdayak­an rakan sekerjanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia