Harian Metro

334 TUDUHAN

- Farah Marshita Abdul Patah farahmarsh­ita@hmetro.com.my

Lelaki didakwa melakukan sumbangan mahram terhadap anak saudara 5 tahun

Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas 334 tuduhan melakukan sumbang mahram iaitu bersetubuh dengan anak saudaranya yang ketika kejadian hanya berusia lima tahun.

Tertuduh yang berusia 46, tahun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicaraka­n sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Pihak pendakwaan mengambil masa dua jam untuk membaca 200 pertuduhan dan mahkamah berhenti bersidang pada jam 12.45 tengah hari bagi memberi laluan kepada solat Jumaat sebelum bersambung semula pada jam 3 petang.

Lelaki itu dijangka menghadapi 230 lagi pertuduhan sumbang mahram Isnin ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruha­n pertuduhan 564 kes.

Terdahulu, tertuduh yang hadir ke mahkamah dengan memakai kemeja-T biru dan seluar hitam kelihatan tenang sepanjang prosiding yang bermula jam 10.45 pagi.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan sumbang mahram iaitu bersetubuh dengan mangsa yang kini berusia 13 tahun, di sebuah rumah pangsa di sini, di antara Januari 2010 dan Januari 2018.

Bagi semua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Mahkamah berhenti bersidang beberapa kali bagi membolehka­n kertas pertuduhan didaftar serta dibawa ke mahkamah.

Tertuduh yang pada mulanya berdiri ketika mendengar pendakwaan dibacakan terhadapny­a mula letih dan dibenarkan duduk ketika memasuki pertuduhan ke-60.

Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abd Razak tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh.

Mahkamah tidak membenarka­n tertuduh diikat jamin dan menetapkan 5 Februari meneruskan 200 tuduhan sumbang mahram.

Mahkamah menetapkan 13 Mac ini untuk sebutan semula kes.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengiringi tertuduh keluar dari Mahkamah Sesyen.
ANGGOTA polis mengiringi tertuduh keluar dari Mahkamah Sesyen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia