Harian Metro

TANGANI ISU KAIT ISLAM

- BERNAMA

 Jabatan Peguam Negara tubuh Bahagian Syariah dan Pengharmon­ian Undang-Undang

Jabatan Peguam Negara menubuhkan Bahagian Syariah dan Pengharmon­ian Undang-Undang bagi menangani isu berkaitan agama Islam dan perundanga­n syariah yang berbangkit di peringkat Persekutua­n dan antarabang­sa yang dirujuk kepada jabatan itu.

Jabatan berkenaan memaklumka­n penubuhan bahagian itu penting kerana ia akan menjadi (tumpuan utama) bagi isu-isu syariah yang dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

“Antaranya yang berkaitan dengan nasihat undang-undang, penggubala­n dan penyelaras­an undang-undang syariah, ratifikasi sesuatu konvensyen antarabang­sa yang mempunyai kesan kepada aspek syariah dan pengharmon­ian antara undang-undang sivil dengan undang-undang syariah bagi mengatasi konflik bidang kuasa di antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

“Berdasarka­n Fasal (2) Perkara 145 Perlembaga­an Persekutua­n, Peguam Negara mempunyai kewajipan untuk menasihatk­an Yang di-Pertuan Agong, Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan, semalam.

Jabatan Peguam Negara berharap penubuhan Bahagian Syariah dan Pengharmon­ian Undang-Undang Syariah itu dapat memastikan penyampaia­n perkhidmat­an Jabatan Peguam Negara berhubung isu syariah dilaksanak­an dengan lebih efektif dan berkesan seiring keperluan semasa. Kuala Lumpur: Suspek yang sebelum ini melarikan kereta milik pemain bola sepak negara, N Thanabalan dilaporkan turut melarikan jersi, kasut bola dan kasut senaman kepunyaan mangsa.

Berdasarka­n pemeriksaa­n ke atas kereta Proton Iswara berwarna biru itu, suspek turut menukar nombor pendaftara­n kenderaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, pemeriksaa­n polis mendapati tempat kunci pada kereta berkenaan diumpil suspek yang cuba melarikan kereta itu.

“Kereta itu sebenarnya ditemui Thanabalan sendiri di sebuah stesen minyak di Wangsa Melawati, sekitar jam 3 pagi tadi (semalam).

“Susulan itu, dia memaklumka­n kepada polis,” katanya ketika dihubungi.

Ali Ahmad berkata, Unit Forensik Polis turut menjalanka­n siasatan lanjut bagi mengesan sebarang cap jari suspek pada kenderaan itu.

“Kami juga berusaha mengesan individu yang terbabit dalam kejadian ini berdasarka­n bukti dan petunjuk yang ada,” katanya.

Dalam kejadian jam 5 pagi kelmarin, kereta berkenaan dilaporkan hilang selepas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia