Harian Metro

FTP diminta urus tanaman semula sawit

-

Jempol: Seramai 54 peneroka FELDA Lui Timur di sini, mahu FELDA Technoplan­t (FTP) menguruska­n ladang kelapa sawit mereka supaya memastikan projek tanam semula berjalan dengan baik.

Projek tanam semula bermula pada 2013 dan FTP mula menanam anak pokok sawit pada penghujung 2016.

Peneroka, Hamis Atan, 59, berkata, ketika ini, FTP melaksanak­an kerja tanam semula itu dilihat gagal menjalanka­n tugas dengan berkesan.

Katanya, selain ada pokok yang tidak membesar mengikut jadual, terdapat juga yang mati dan tidak diganti baru.

“Kita memang tidak berpuas hati dengan apa berlaku dan tidak faham bagaimana FTP menjalanka­n kerja tanam semula ini sehingga menjadi projek bermasalah.

“Sepatutnya FTP lebih arif kerana kepercayaa­n sudah diberi kepada mereka untuk menguruska­n ladang kami, tetapi yang berlaku sebaliknya,” katanya ditemui semalam.

Bagi Jainal Sakaria, 62, dia juga kecewa kerana pokok sawit di ladangnya tidak menjadi disebabkan masalah sistem perparitan.

Katanya, disebabkan itu pokok sawit sentiasa ditenggala­mi air dan ada ketika mengambil masa beberapa hari.

“FTP gagal mengamalka­n sistem perladanga­n yang baik dengan mengambil kira semua masalah sebelum projek tanam semula dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Generasi Kedua FELDA berkenaan Mohd Fauzi Hashim berkata, pihaknya mahu membantu peneroka terbabit mengatasi masalah dihadapi.

Katanya, sebagai anak kepada peneroka, mereka juga berhak mengambil tahu masalah berlaku termasuk mencari jalan penyelesai­an seperti didakwa peneroka terbabit.

“Selain isu ladang, jalan pertanian yang teruk perlu diambil perhatian oleh FTP bagi memastikan peneroka tidak mempunyai masalah untuk membawa keluar hasil pertanian mereka itu,” katanya.

 ??  ?? JAINAL
JAINAL
 ??  ?? HAMIS
HAMIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia