Harian Metro

Empat lelaki ditahan

-

Sungai Petani: Polis menahan empat lelaki susulan kejadian letupan bunga api ketika perarakan Thaipusam, malam semalam yang mencederak­an lebih 30 pengunjung.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid, berkata semua lelaki berkenaan berumur antara 25 and 34 tahun ditahan di lokasi kejadian di Jalan Sekerat sejurus kejadian 8.30 malam itu.

Saifi berkata, pasukan forensik menemui kesan letupan bunga api di lokasi kejadian dan polis menolak unsur sabotaj dalam kejadian terbabit.

“Pasukan forensik menemui beberapa kesan letupan di lokasi.

“Kita menahan empat lelaki di lokasi dan berdasarka­n siasatan awal, tiada elemen sabotaj atau khianat dalam kejadian berkenaan. Ini semata-mata untuk meraikan sambutan Thaipusam sementara menunggu ketibaan perarakan,” katanya dalam kenyataan media.

Katanya, kejadian berlaku di hadapan restoran berdekatan Kuil Sri Subramania­m Swami Temple di Pekan Lama Sungai Petani.

Saifi berkata, menurut saksi kejadian, tiga daripada tembakan bunga api itu meletup di udara sebelum berlakunya letupan kuat berkenaan yang menyebabka­n kecederaan dalam kalangan pengunjung.

Kejadian itu menyebabka­n 26 pengunjung tercedera, salah seorang daripadany­a kanak-kanak berusia lima tahun.

Polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

 ??  ?? SAIFI
SAIFI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia