Harian Metro

‘Bunga bercahaya’ meledak

-

Sungai Petani: “Masa itu saya hanya mahu peluk anak saya sebab dia berdarah teruk.

“Saya tak fikir apa-apa lagi walaupun sari saya turut terbakar akibat terkena serpihan mercun,” kata seorang mangsa letupan mercun pada perarakan Thaipusam, malam kelmarin.

A Tiruselvi, 41, berkata beliau tidak menyangka sama sekali tragedi itu berlaku apatah lagi ketika beliau dan anak lelakinya, D Shashildav­i, 14, sedang khusyuk menikmati percikan ‘bunga bercahaya’ yang terhasil melalui letupan mercun berkenaan.

“Tiba-tiba, das keempat mercun tidak menjadi. Ia meletup di bawah berdekatan tanah dan kebetulan kami berdua berdiri agak dekat di situ menyebabka­n percikan api turut menyambar sari dan rambut saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH). Letupan itu mencederak­an anaknya dan tanpa berfikir panjang, Tiruselvi menarik tangan anaknya ke tempat selamat sambil meminta bantuan orang ramai.

Letupan mercun berhampira­n Kuil Sri Subramaniy­a Swami Devasthana­m itu menyebabka­n 26 cedera, 14 daripadany­a lelaki dengan semua mereka berusia lima tahun hingga 59 tahun.

Kejadian berlaku 50 meter dari kuil berkenaan iaitu berdekatan pasar raya Muttiyas ketika puluhan ribu penganut Hindu sedang menyaksika­n perarakan keluar tokong dari kuil itu.

Perarakan itu membabitka­n jarak keseluruha­n lima kilometer bermula jam 7.30 malam dari kuil berkenaan dan dihadiri 50,000 pengunjung.

Kuil itu adalah satu daripada lokasi penting bagi acara sambutan Thaipusam setiap tahun, malah rata-rata mangsa berkata, ini kali pertama mereka melihat pertunjuka­n mercun pada sambutan itu.

Sementara itu, N Sundagaran, 39, yang juga sukarelawa­n kuil berkenaan berkata, beliau tidak sempat melarikan diri ketika kejadian berlaku akibat berhimpit dengan pengunjung lain yang menjerit dan meraung kerana terkena percikan api. - BERNAMA

 ??  ?? ANTARA mangsa yang terkena letupan mercun ketika perarakan Thaipusam berdekatan Kuil Dewa Subramaniy­a Swami Jalan Kuala Ketil.
ANTARA mangsa yang terkena letupan mercun ketika perarakan Thaipusam berdekatan Kuil Dewa Subramaniy­a Swami Jalan Kuala Ketil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia