Harian Metro

ASWAJA bantah kenyataan mengenai JAKIM

-

Kuala Lumpur: Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) membantah sekeras-kerasnya kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang mendakwa penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak berperlemb­agaan.

Presidenny­a Dr Zamihan Mat Zin berkata, jika merujuk kepada Perlembaga­an berdasarka­n Perkara 3(1) dengan jelas meletakkan Islam sebagai agama negara.

“Kedudukan Islam sebagai agama Persekutua­n menjamin hak serta mengangkat kedudukan agama suci ini dipelihara dan dipertahan­kan di Malaysia.

“Malah undang-undang tertinggi negara ini di dalam Perkara 37(1) yang dibacakan bersama Jadual Empat Perlembaga­an Persekutua­n mewajibkan ketua tertinggi negara iaitu Yang di-Pertuan Agong bersumpah untuk menjaga agama Islam pada setiap masa.

“Selaras dengan kedudukan itu juga, agama Islam boleh disebarlua­skan, masjid boleh dibina, pusat Islam dapat diwujudkan, pusat pengajian Islam tumbuh melata di negara ini serta layak menerima peruntukan khas daripada kerajaan,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Sebelum itu, Tengku Razaleigh mendakwa penubuhan JAKIM tidak mempunyai peruntukan Perlembaga­an. Dakwaan itu disokong oleh kelompok liberalis serta anti-Islam yang mahu kerajaan mengambil tindakan terhadap agensi berkenaan.

Zamihan berkata, penubuhan JAKIM jelas bersesuaia­n dengan Perkara 12(2) Perlembaga­an Persekutua­n yang menegaskan bahawa adalah sah bagi Persekutua­n atau sesuatu negeri untuk menubuhkan, menyelengg­arakan atau membantu dalam menubuh institusi Islam.

“Adalah suatu kekeliruan untuk menuduh bahawa penubuhan badan seperti JAKIM kononnya tidak berPerlemb­agaan sedangkan ia sesuai dengan peruntukan yang dinyatakan.

“Oleh itu, selagi mana JAKIM tidak bertindak melepasi hadnya dan selagi mana JAKIM tidak mengganggu kestabilan agama di majoriti negeri-negeri, kewujudan agensi itu terus relevan,” katanya.

 ??  ?? ZAMIHAN
ZAMIHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia