Harian Metro

Malaysia tak akan layan tuntutan Filipina ke atas Sabah

-

Kota Kinabalu: Malaysia sekali lagi menegaskan tuntutan Filipina ke atas Sabah tidak akan dilayan sama sekali dan Putrajaya juga tidak akan mengadakan sebarang perbincang­an dengan mana-mana pihak dari negara jiran itu berhubung isu berkenaan.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, sekiranya dilayan, ia boleh dilihat sebagai petanda kerajaan sedia ada bersetuju terhadap tuntutan itu.

“Malaysia tetap berpegang teguh kepada pengiktira­fan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan komuniti antarabang­sa di mana Sabah adalah sebahagian dari Malaysia sejak Persekutua­n ini ditubuhkan pada 16 September 1963.

“Kita tidak mengiktira­f sebarang tuntutan oleh mana-mana negara,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan tertutup dengan blogger media sosial tempatan di sini, semalam.

Anifah berkata, ada segelintir pemimpin pembangkan­g yang menyelar tindakan kerajaan seolah-olah membisu terhadap perkara itu namun ia tidak perlu dibicaraka­n ke peringkat antarabang­sa kerana seakan mengiyakan lagi tuntutan berkenaan.

Terdahulu, isu tuntutan terbaru terhadap Sabah timbul susulan ahli jawatankua­sa perundinga­n Filipina, Aquilino Pimentel Jr yang mendakwa mahu memasukkan Sabah dalam negara terbabit dalam satu temu bual bersama sebuah agensi berita, baru-baru ini.

Sementara itu, dalam majlis berkenaan, Anifah membayangk­an hak Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63) wajar dimasukkan sebagai manifesto Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Dengan sikap terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang bersedia mendengar tuntutan rakyat Sabah, saya rasa kita akan mendapat maklum balas positif dalam usaha mendapatka­n kembali hak yang sepatutnya menjadi milik kita,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia