Harian Metro

SAYA TAK BERSALAH

- Murni Wan Omar news@nstp.com.my

Pengasas pusat kebajikan tidak mengaku miliki bahan porno

Pengasas Pusat Kebajikan, Zahari Alwi, 56, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret dan Sesyen Ampang, semalam, atas pertuduhan merogol, mencabul dan memiliki bahan lucah iaitu gambar, filem dan zakar palsu lelaki.

Zahari didakwa atas dua pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun satu bulan di bilik tidur di dua rumah di Taman Keramat dan Taman Seri Keramat, kira-kira jam 1 tengah haripada 2016 serta waktu petang pada Ogos 2017.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Zahari juga mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan mencabul dua kanak-kanak perempuan di dua premis berbeza, tiga tahun lalu.

Dia didakwa menggunaka­n kekerasan jenayah bagi maksud mencabul kehormatan kanak-kanak berusia 10 tahun tiga bulan di ruang tamu sebuah rumah di Taman Seri Keramat, pada Disember 2015.

Dia sekali lagi didakwa mencabul kehormatan kanak-kanak yang sama pada Disember 2016 di ruang tamu sebuah rumah di Taman Keramat.

Tertuduh juga didakwa mencabul seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di ruang tamu sebuah rumah di Taman Seri Keramat pada 2016

Bagi ketiga-tiga perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun atau dengan denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

 ??  ?? ZAHARI berdepan pertuduhan jenayah seksual di Kompleks Mahkamah Ampang, semalam.
ZAHARI berdepan pertuduhan jenayah seksual di Kompleks Mahkamah Ampang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia