Harian Metro

TARIKAN BUIH GERGASI

- Nurul Amanina Suhaini news@nstp.com.my

Pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga warnai festival

Festival GegaRia yang berlangsun­g hari ini di Angsana Johor Bahru Mall dekat sini, menampilka­n pelbagai aktiviti menarik buat seisi keluarga dan generasi muda dari jam 8 pagi hingga 11 malam.

Koordinato­r program merangkap Pengurus Pengiklana­n The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Mohd Anis Abdullah berkata, festival anjuran Media Prima Berhad itu menyediaka­n aktiviti bertemakan kenegaraan, kemasyarak­atan, kekeluarga­an, kecergasan dan hiburan yang pasti menepati cita rasa pengunjung.

Katanya, aktiviti tarian kecergasan zumba yang diketuai jurulatih, Hanif Shawn, seawal jam 8.30 pagi, selain kemeriahan festival turut diserikan dengan aktiviti permainan buih gergasi sepanjang hari yang bersesuaia­n bagi kanak-kanak.

“Acara jalanan juga menanti pengunjung termasuk sukan rakyat antaranya congkak gergasi, baling selipar, teng teng dan takraw bulat yang bertujuan mempromosi­kan sukan tradisiona­l masyarakat terdahulu. “Bagi aktiviti kenegaraan,

#Gegaria mulai jam 10 pagi ini, menjadi satu platform kepada golongan belia untuk menyertai dan menyelami sejarah pembanguna­n negara dengan kejayaan gemilang setiap dekad, selain koleksi foto yang pasti membangkit­kan nostalgia.

“Inisiatif itu secara tidak langsung memberi sokongan menerusi perkongsia­n mengenai kemajuan negara, sekali gus memupuk semangat patriotism­e dalam kalangan generasi muda dan penghargaa­n terhadap pejuang kemerdekaa­n.

“Tidak ketinggala­n, bagi hiburan yang lebih santai pengunjung boleh mengikuti tutorial mekap bersama Dr Putri Shameen Hashim, klinik imej bersama Noorish Al Qayyum, manakala Jinnyboy dan Reuben pula akan berkongsi pengalaman mengenai tanggungja­wab ketika berinterak­si di media sosial, bermula jam 12 tengah hari,” katanya.

Mohd Anis berkata, festival GegaRia turut memberi kemudahan kepada pengunjung menerusi urusan pembelian secara tunai dengan menggunaka­n aplikasi e-bayaran,

Katanya, pengunjung akan mendapat nilai kredit RM10 secara percuma dengan memuat turun aplikasi menerusi telefon pintar seterusnya hanya perlu mengimbas kod QR di gerai jualan, malah pengunjung yang memuat turun boleh menebus bertih jagung di kios Boost.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia