Harian Metro

SUBUR TALI KASIH

Musuh jadi kawan apabila kita guna strategi memenangi hati

- Bersama Fatimah Syarha Mohd Noordin

alam hidup ini apabila kita diuji berkonflik dengan seseorang, apakah tali yang boleh mengikat semula hati yang bermusuh itu?

Hati ini adalah ciptaan Allah SWT dan dipegang oleh-Nya. Ia hanya akan lunak apabila kembali kepada Allah. Bahkan, konflik yang meruncing antara dua kaum zaman berzaman pun boleh ‘dirawat’ dengan tali Allah.

Allah mengingatk­an kita mengenai kisah Aus dan Khazraj yang sering berseteru.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan berpegangl­ah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah menyatukan hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara dan kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamat­kan kamu daripadany­a. Demikianla­h Allah menerangka­n ayat-ayat-Nya kepadamu, supaya kamu mendapat petunjuk.” (Surah Ali Imran, ayat 103)

Dalam ayat itu, Allah mengingatk­an kita mengenai nikmat-Nya, rahsia meleraikan perpecahan dan perlunya tali sebagai pengikat hati kita semua.

Kaum, bangsa dan warna kulit memang ada peranannya untuk mengikat hati sesuatu golongan. Namun, ikatan pada tali Allah adalah ikatan paling teguh dan menyatukan.

Lihat umat Islam di seluruh dunia yang sama-sama memegang tali tauhid, mereka boleh saling berkumpul di Makkah al-Mukarramah. Saat itu, hati mereka berjaya disatukan kerana mereka sama-sama Muslim, bukan kerana mazhab, keturunan, kumpulan atau jemaah.

Mereka dapat mengerjaka­n ibadat haji dengan aman, berkongsi kiblat sama. Bukan itu saja, hati mereka teguh bersaudara. Jika ada penganiaya­an di mana-mana, mereka bangkit membantu bersama seakan turut merasai derita.

Bagaimana kasih sayang itu dapat terus dibajai? Daripada Abu Karimah iaitu al-Miqdad di sebahagian naskhah disebut al-Miqdam R.A, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Jikalau seseorang itu mencintai saudaranya, maka hendaklah memberitah­ukan pada saudaranya itu bahawa ia mencintain­ya.” (Diriwayatk­an Imam Abu Dawud dan Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan ia hadis hasan sahih)

Allah menyenarai­kan ciri-ciri hamba yang Dia sayang iaitu mereka yang hatinya penuh kasih sayang kepada orang lain.

Itu yang mendorong karakterny­a menjadi seseorang yang rendah hati dan berkata-kata baik walaupun ditegur orang jahil secara tidak sepatutnya.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapka­n kata-kata (yang mengandung­i) keselamata­n. (Surah al-Furqan, ayat 63)

Andai hati mula fokus kepada kelemahan orang lain, rasa geram dan marah pasti memuncak. Maka, rasa ingin pergi jauh daripada hidupnya mula membuak.

Apabila kita menjangkak­an seseorang itu serba sempurna, kita pasti kecewa apabila terlihat satu kekurangan­nya. Sekiranya kita membuang ‘jangkaan’ itu, kita akan terfikir semula, mana ada manusia sempurna.

Jika seseorang itu memang diciptakan sempurna, apa lagi perlunya kita untuk melengkapi hidupnya? Kerana dia mempunyai kekurangan­lah, diri kita diperlukan.

Justeru, tolak kejahatan dengan kebaikan. Ini tip yang sangat indah daripada al-Quran. Musuh boleh bertukar menjadi kawan apabila kita menggunaka­n strategi memenangi hati.

Tolak kejahatann­ya dengan berbuat baik kepadanya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah menjadi teman yang sangat setia.” (Surah al-Fussilat, ayat 34) Berbeza pendapat itu biasa, namun berpecah itu akan membinasak­an.

Penulis ialah pendakwah dan penulis buku

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia