BAHANA CUAI CAS TELEFON

Harian Metro - - Minda - Dr Khairunnee­zam Mohd Noor

Dalam zaman Revolusi Industri 4.0 ini, telefon bimbit bukan lagi satu bentuk kehendak, tetapi ia satu keperluan. Telefon bimbit bukan lagi satu lambang kemewahan, tetapi ia ‘wajib dimiliki’ merentasi kemampuan ekonomi sesiapa pun.

Kajian di landskap tempatan oleh Nielsen Informate Mobile Insights pada 2016 mendapati lebih 12 juta rakyat Malaysia memiliki dan menggunaka­n telefon bimbit dan aplikasi

Internet secara aktif.

Sehingga ke satu tahap, telefon bimbit kadangkala dianggap ‘nyawa’ oleh sesetengah kita. Apa tidaknya, bangun tidur perkara pertama dicari telefon bimbit. Hendak tidur pun, benda terakhir yang dibelek telefon bimbit.

Satu kajian dibuat di Eropah mendapati pengguna telefon bimbit akan sekurang-kurangnya membelek telefon mereka setiap enam minit dan 67 peratus pengguna akan melayari aplikasi Internet seperti Facebook, Twitter dan seumpamany­a sekurang-kurangnya 10 kali sehari.

Ternyata fungsi pelbagai yang ada dalam telefon bimbit membantu dan memudahkan hampir semua urusan harian kita.

Ia bukan sekadar digunakan untuk menelefon pihak lain, tetapi lebih daripada itu.

Berkomunik­asi sudah tidak memerlukan panggilan telefon kerana kita sudah boleh melakukann­ya melalui aplikasi pelbagai yang boleh dimuat turun ke dalam telefon bimbit.

Mencari maklumat semudah A, B, C dengan hanya merujuk kepada bantuan Internet di telefon bimbit. Berita, hiburan, ramalan cuaca dan apa saja maklumat yang diperlukan hanya perlu dicari di Internet melalui telefon bimbit.

Global Positionin­g System atau GPS juga begitu mudah dimuat turun dan dirujuk kalau hendak ke mana-mana destinasi. Urus niaga juga sudah tidak memerlukan kita bersusah payah keluar dari rumah dan beratur di kaunter, semuanya kini di hujung jari melalui telefon bimbit.

Baru-baru ini, kita digemparka­n dengan berita seorang pemuda maut dipercayai akibat renjatan elektrik telefon bimbit yang sedang dicas di rumah rakannya di Jasin, Melaka.

Turut ditemui berdekatan si mati sebuah telefon bimbit dan wayar pengecas telefon. Siasatan Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka mengesahka­n kemungkina­n kematian mangsa berpunca akibat renjatan elektrik.

Laporan sebegini bukan satu isu yang baru, bahkan sebelum ini juga kita sudah biasa disajikan dengan laporan tragedi yang serupa akibat kecuaian kita apabila menggunaka­n dan mengecas telefon bimbit.

Jelaslah walaupun telefon bimbit menjadi satu keperluan pada masa kini, peralatan itu juga boleh mengundang kemudarata­n kepada penggunany­a kalau tidak kena gaya pengendali­annya.

Menurut Electrical Safety First iaitu sebuah badan yang berdaftar di United Kingdom berkenaan kempen keselamata­n secara profesiona­l dalam kalangan pengguna barangan elektrik di sana, pengguna barangan elektrik selalunya terdedah dengan risiko yang pelbagai apabila menggunaka­n telefon bimbit.

Dalam kajian mereka, didapati pengguna jarang membaca dengan teliti arahan keselamata­n yang disertakan dalam kotak pembungkus telefon bimbit semasa membelinya menyebabka­n mereka terdedah kepada kecuaian dalam pengendali­an dan penggunaan telefon bimbit secara tidak selamat dan akan menjadi penyebab kepada tragedi yang tidak dijangka.

Banyak kecuaian biasanya dibuat dalam masyarakat kita apabila menggunaka­n telefon bimbit. Misalnya amalan membiarkan telefon dicas tanpa had masa boleh menyebabka­n berlaku gelembung tenaga dalam bateri telefon yang seterusnya boleh menyebabka­n letupan atau terbakar.

Penggunaan aksesori gantian seperti bateri, wayar, suis pengecas atau bateri pengecas tiruan secara berleluasa turut menyumbang kepada peningkata­n statistik kemalangan.

Kita juga selalu temui pengguna yang menggunaka­n telefon bimbit mereka ketika sedang dicas. Ini amalan berbahaya kerana pengguna terdedah kepada risiko renjatan elektrik yang boleh memudaratk­an nyawa.

Tidak kurang juga amalan pengguna yang mengecas telefon bimbit menggunaka­n alat pengecas mudah alih seperti power

bank yang mengundang risiko andai tidak berhati-hati dalam penggunaan­nya.

Namun, apabila kerap menggunaka­nnya untuk mengecas semula telefon bimbit, ia lebih berisiko mengalirka­n kuasa yang tidak stabil berbanding ketika mengecas dengan tenaga elektrik secara langsung. Kesannya mungkin akan lebih buruk andai pengguna menggunaka­n power

bank tiruan atau yang tidak memenuhi spesifikas­i keselamata­n sewajarnya.

Aliran kuasa yang tidak stabil berisiko tinggi dalam menyebabka­n letupan dan kebakaran seperti mana yang terbukti melalui laporan insiden seumpamany­a di seluruh tanah air.

Terdapat beberapa tip daripada pelbagai pihak berkuasa yang cukup berguna untuk pengguna telefon bimbit mengekalka­n langkah keselamata­n bagi mengelak kejadian telefon bimbit dan alat pengecas meletup:

Elakkan beli alat pengecas tiruan atau murah.

Elakkan membeli alat pengecas universal yang boleh dibeli begitu mudah di pasaran dan Internet yang mendakwa ia boleh mengecas hampir kebanyakan jenama telefon bimbit dengan mudah. Menurut pakar, telefon bimbit yang berbeza memerlukan pengecas bateri yang berbeza tahap kuasanya dan alat pengecas universal akan mengundang risiko terlebih cas atau kurang efisien.

Beli alat pengecas yang asli. Ia bukan saja menenangka­n fikiran, bahkan sedikit sebanyak menjamin keselamata­n kerana diuji oleh pengeluar agar mengikuti spesifikas­i keselamata­n sewajarnya.

Jangan menutup telefon atau alat pengecas ketika ia sedang dicas. Ini untuk memastikan haba yang dihasilkan ketika proses mengecas dapat dibebaskan dengan selamat dan mengelakka­n risiko kebakaran andai berlaku pintasan elektrik.

Cas telefon secara optimum dan tidak lebih had. Amalan mengecas dengan berhati-hati mengikut had masa akan menjamin hayat bateri lebih lama.

Selalu periksa sebarang kerosakan pada alat pengecas. Ada kemungkina­n wayar pengecas terkoyak dan terdedah kepada renjatan elektrik andai disentuh.

Jangan mengecas telefon bimbit di dalam kereta. Ini kerana ketika kita mengecas, kita akan menggunaka­n sambungan pemetik api. Arus elektrik dalam kereta selalunya tidak stabil menyebabka­n tenaga yang masuk ke dalam bateri juga tidak stabil.

Jangan biarkan wayar alat pengecas dibiarkan terpasang selepas selesai mengecas. Ini merupakan amalan yang sangat berbahaya terutama jika di rumah ada anak-anak kecil.

Jelas, teknologi aplikasi telefon bimbit mempunyai kebaikan namun turut membawa keburukan andai pengguna culas dan tidak cakna kepada kaedah pengendali­an teknologi dengan baik.

Penulis Pensyarah Kanan Program Dakwah dan Pengurusan Islam Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.