Harian Metro

KAWALAN MAKSIMUM

2,700 anggota keselamata­n bertugas sepanjang forum WUF ke-9 selama tujuh hari

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

Malaysia bersedia berdepan ancaman keselamata­n sempena penganjura­n World Urban Forum (WUF) Ke-9 yang bakal berlangsun­g di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 7 hingga 13 Februari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,2,700 anggota keselamata­n daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamata­n Negara (MKN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) ditugaskan sepanjang berlangsun­gnya forum bertaraf antarabang­sa itu.

Katanya, kawalan maksimum diperlukan berikutan 25,000 delegasi terbabit dalam forum tujuh hari itu.

“Lebih 50 peratus atau 12,500 peserta delegasi dari 194 negara.

“Jadi kami memandang serius soal keselamata­n sepanjang forum berlangsun­g,” katanya dalam sidang media selepas meninjau kesiapsiag­aan Latihan Amal Anti Keganasan sempena penganjura­n

World Urban Forum (WUF) Ke-9 di pekarangan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pagi semalam.

Hadir sama Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor merangkap Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim.

Ahmad Zahid berkata, selain kawalan di lokasi forum, pihaknya mengetatka­n kawalan di pintu masuk utama negara seperti di lapangan terbang selain kawasan penginapan delegasi. Katanya, beliau yakin kadar sifar kejadian ancaman keselamata­n dicapai sepanjang forum berlangsun­g.

“Kawalan merangkumi semua, bermula dari kawasan ketibaan (lapangan terbang), lokasi forum hinggalah kawalan di kawasan penginapan mereka.

“Kami percaya mencapai sifar kemalangan (termasuk ancaman keselamata­n) jika mengambil kira kejayaan penganjura­n program bertaraf antarabang­sa yang diadakan di negara ini seperti Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lalu,” katanya.

 ?? FOTO: SALHANI IBRAHIM ?? AHMAD Zahid ketika meninjau kesiapsiag­aan Latihan Amal Anti Keganasan sempena penganjura­n World Urban Forum (WUF) ke-9 di pekarangan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.
FOTO: SALHANI IBRAHIM AHMAD Zahid ketika meninjau kesiapsiag­aan Latihan Amal Anti Keganasan sempena penganjura­n World Urban Forum (WUF) ke-9 di pekarangan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia