Harian Metro

PATUTLAH KAYA!

- Aizat Sharif and Muhammad Mustakim Ramli news@nstp.com.my

Pengarah JPS Perlis disiasat rasuah dikesan miliki kilang

proses minuman selain banglo, kenderaan mewah

Mohd Fauzi Mohamad berkata, hasil siasatan awal pihaknya suspek berusia 60 tahun itu disyaki mengumpul kekayaan bernilai jutaan ringgit hasil daripada suapan yang diperoleh daripada kontraktor sejak 2014.

Beliau berkata, suspek yang kini di bawah tahanan reman SPRM sehingga 5 Februari turut dipercayai memiliki kilang memproses minuman hasil daripada sumber suapan.

“Siasatan awal kami mendapati suspek dipercayai bukan hanya mempunyai rumah banglo serta kenderaan mewah, tetapi memiliki sebuah kilang.

“Kekayaan ini boleh dianggarka­n bernilai jutaan ringgit dan kita percaya ia adalah hasil daripada wang rasuah yang diterima daripada kontraktor sejak 2014,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, setakat ini, jumlah individu yang ditahan kekal tiga iaitu pengarah berkenaan, anak lelakinya yang berusia 39 tahun dan seorang pemilik sebuah syarikat.

Fauzi mendedahka­n SPRM mendapat petunjuk baru yang boleh mengaitkan suspek dengan kegiatan rasuah namun enggan mengulas lanjut.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan SPRM menahan Pengarah JPS Perlis bersama dua lagi individu pada 30 Januari lalu kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa.

Selain penahanan individu terbabit, SPRM turut merampas wang tunai RM900,000 serta menyita empat akaun bank yang mempunyai wang berjumlah RM2.9 juta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia