Harian Metro

Penjara 7 hari seksa anjing

-

Dua lelaki warga emas masing-masing dipenjara tujuh hari dan denda RM7,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana mendera seekor anjing di Kampar dua tahun lalu.

Keputusan dibuat Majistret Nur Faizah Mohamed Saleh yang turut mengarahka­n Wong Then Yoong, 67, dan Aw Soon Fatt, 66, dikenakan hukuman penjara 12 bulan jika gagal membayar denda.

Wong dan Aw didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan secara sengaja menyeret seekor anjing menggunaka­n rantai besi dengan menunggang motosikal dalam jarak 2.3 kilometer di Jalan Batu Sinar, Bandar Baru Kampar, Kampar, jam 11 pagi pada 11 November 2016.

Perbuatan mereka menyebabka­n haiwan itu mengalami kesakitan dan penderitaa­n yang tidak sepatutnya.

Warga emas terbabit diwakili peguam Syahredzan Johan dan Louis Liaw manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Kenneth Oon.

Hasil kekayaan bernilai jutaan ringgit mampu memiliki kilang memproses minuman di Perlis.

Itu antara rahsia yang dibongkar hasil siasatan ke atas Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis yang ditahan atas dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Datuk

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia