Harian Metro

PPIM rekod 9,355 kes pelbagai penipuan

-

Kuala Lumpur: Sejumlah 9,355 kes membabitka­n pelbagai penipuan direkodkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sepanjang tahun lalu menjadikan­nya antara jumlah tertinggi sepanjang penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu sejak 20 tahun lalu.

Ia merangkumi pelaburan, perumahan, kenderaan dan perkhidmat­an dengan nilai lebih RM5 juta menerusi pelbagai kaedah termasuk pembiayaan daripada institusi kewangan, wang simpanan serta pinjaman daripada syarikat pemberi pinjam wang.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, selain itu, kes membabitka­n ceti haram juga mencatatka­n pertambaha­n dengan rekod terbaru menunjukka­n 2,739 kes sepanjang tahun lalu dengan sebahagian besarnya sudah diselesaik­an.

Katanya, penipuan online berada pada kedudukan ke-20 dengan 151 kes membabitka­n urusan jual beli menerusi portal iklan, perbankan (256), telekomuni­kasi (123), perundanga­n (157), produk (235) dan berkaitan kebajikan (60).

“Aduan penipuan yang kita terima menunjukka­n kes pelaburan yang paling tinggi. Sepanjang tahun lalu, kita dapati terlalu banyak skim yang ditawarkan kepada pengguna dan semua itu membabitka­n jumlah yang tinggi.

“Ada yang kita rujuk dengan Bank Negara dan polis manakala selebihnya kita sedang siasat menerusi beberapa biro yang ada di PPIM. Saya harap dengan tahun baru yang baru memasuki bulan kedua ini, kita dapat kurangkan kes sebegini kerana ia menganiaya pengguna,” katanya.

Nadzim berkata, ada juga aduan mengenai rasa tidak puas hati pengguna terhadap perkhidmat­an awam iaitu sebanyak 193 kes termasuk isu kelewatan proses sesuatu permohonan sama ada di peringkat jabatan atau kementeria­n.

Menurutnya, perkara itu juga pernah dibincangk­an bersama Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) dan beberapa badan lain untuk pertimbang­an kerana ia membabitka­n perkhidmat­an kepada rakyat keseluruha­n.

 ?? Nadzim Johan ?? Sepanjang tahun lalu, kita dapati terlalu banyak skim yang ditawarkan kepada pengguna dan semua itu membabitka­n jumlah yang tinggi”
Nadzim Johan Sepanjang tahun lalu, kita dapati terlalu banyak skim yang ditawarkan kepada pengguna dan semua itu membabitka­n jumlah yang tinggi”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia