Harian Metro

RATU NAGA KE BALAI POLIS

- Nur Afiradina Arshad bhnews@bh.com.my

Ratu naga atau Syarul Ema Rena Abu Samah, 38, menafikan pembabitan­nya dalam video berkaitan pengundi Bangladesh yang tular di media sosial sejak 20 Januari lalu.

Berikutan dakwaan itu, dia dipanggil untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi membantu siasatan semalam.

Syarul Ema berkata, pegawai Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) datang ke rumahnya malam kelmarin, namun dia bersama dua peguamnya berada di luar ketika itu.

“Saya berada di luar bersama dua peguam bagi membincang­kan kes terdahulu.

“Kemudian (saya) terima satu panggilan daripada SKMM yang mahu berjumpa saya tanpa mengetahui tujuan perjumpaan berkenaan,” katanya.

Syarul Ema berkata, pihak SKMM meminta kerjasaman­ya untuk hadir di IPD Petaling Jaya semalam.

“Pada jam 10.30 pagi saya disoal siasat susulan penyebaran video berhubung isu pengundi Bangladesh yang pernah tular dahulu.

“Video berkenaan tular di Facebook melalui akaun yang menggunaka­n nama dan gambar saya.

“Kini saya perlu menunggu panggilan daripada SKMM bagi tindakan selanjutny­a,” katanya.

Hasil soal siasat terbabit, Syarul Ema diminta menyerahka­n telefon pintar dan kad sim bagi siasatan lanjut.

Terdahulu, wanita itu dikatakan menggunaka­n profil Facebook ‘Ratu Naga’ dengan memuat naik satu video palsu berhubung warga asing diberi kad pengenalan yang menjadi viral sejak beberapa tahun lalu tetapi disebarkan semula di media sosial.

Nafi pembabitan video berkaitan pengundi Bangladesh tular di media sosial

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia