Harian Metro

Dijel 10 tahun balun penganggur

-

Kuala Lumpur: Padah mencederak­an seorang penganggur menggunaka­n batu bata, seorang pembantu kedai makan warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

Hakim Datin M Kunasundar­y menjatuhi hukuman itu terhadap Kap Huang Tuang, 19, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh dia ditangkap iaitu pada 12 Mac 2017.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabka­n cedera parah kepada Muhammad Najibbuddi­n Nazrin, 19, menggunaka­n batu bata yang jika digunakan sebagai senjata untuk menyerang mungkin menyebabka­n kematian.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di depan kedai Amcwell Hardware Trading, Jalan 3/93, Taman Miharja, Cheras di sini, jam 1.05 pagi, 12 Mac 2017. Pertuduhan terhadapny­a dikemukaka­n Timbalan Pendakwa Raya Hafizza Sauni mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda atau sebatan.

Terdahulu, peguam Chua Chung Ren yang mewakili tertuduh memohon mahkamah memberikan hukuman ringan terhadap anak guamnya atas alasan ini adalah kesalahan pertama tertuduh.

Hafizza memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal kepada tertuduh dengan mengambil kira keseriusan kesalahan dilakukann­ya.

Pada prosiding perbicaraa­n itu, pendakwaan memanggil 11 saksi manakala pembelaan memanggil tiga saksi untuk memberi keterangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia