Harian Metro

UBAT DARI BELANTARA

- Nazdy Harun am@hmetro.com.my

Warga emas cekal jual akar kayu sejak 50 tahun lalu

Walaupun pernah diperlekeh, tetapi seorang warga emas tetap cekal menjaja akar kayu yang diketahui mempunyai khasiat dan kebaikan sejak zaman-berzaman.

Isa Seman, 66, dari Kampung Kuala Dura berkata, hasil hutan banyak memberi manfaat kepada manusia terutama akar kayu yang boleh dijadikan bahan dalam membantu mengubati pelbagai penyakit mengikut kaedah tradisiona­l.

Menurutnya yang juga juga seorang petani, dia menjual akar kayu yang boleh dijadikan ubat tradisiona­l sejak 50 tahun lalu kepada penduduk setempat dan masyarakat luar yang singgah di kampungnya.

“Saya menjual akar penarik yang boleh digunakan untuk rawatan resdung, tunjang bumi pula baik untuk penyakit darah tinggi dan cendawan hutan. “Selain itu, saya juga menjual minyak kambing gunung yang dihasilkan sendiri isteri saya (Fatimah Abdullah, 60) dengan campuran tertentu seperti kunyit emas putih, emas merah dan rempah ratus tertentu,” katanya.

Menurutnya, hidup di kawasan pedalaman sememangny­a mendedahka­n dirinya dengan pelbagai aktiviti berkaitan dalam hutan. Antaranya ialah ilmu berkaitan kaedah perubatan tradisiona­l.

Katanya, walaupun pernah diperlekeh­kan sesetengah pihak, tetapi niatnya hanyalah untuk berniaga bagi menambah pendapatan serta memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kelebihan perubatan tradisiona­l yang diamalkan masyarakat dulu dengan menggunaka­n akar kayu sebagai penawar.

Isa berkata, walaupun jualan akar kayu tidak seberapa, tetapi dia puas hati kerana masih ada orang yang ingin menggunaka­n akar kayu dijualnya.

Katanya, ia bukti menunjukka­n kaedah perubatan tradisiona­l masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

“Saya membeli akar kayu daripada orang tengah yang mendapatka­nnya daripada masyarakat Orang Asli.

“Akar kayu berkenaan terlebih dulu perlu melalui proses menjemur sehingga satu minggu sebelum boleh dijual.

“Walaupun anak pernah menasihati saya berhenti menjual akar kayu, tetapi kerana minat saya teruskan berikutan masih ramai yang menggunaka­n akar kayu sebagai kaedah alternatif merawat penyakit,” katanya.

 ??  ?? ISA menunjukka­n akar kayu yang dijualnya.
ISA menunjukka­n akar kayu yang dijualnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia