Harian Metro

JALAN 2KM CAS TELEFON

- Nazdy Harun am@hmetro.com.my

Keluarga tinggal dalam kebun sawit tagih bekalan elektrik

“Bukan tidak mampu tetapi akibat tiada bekalan elektrik, kami tidak boleh menggunaka­n pelbagai peralatan elektrik untuk kemudahan harian seperti keluarga lain,” kata Fatimah Che Nawan, 43, dari Kampung Jerlan di sini.

Menurutnya, penggunaan telefon bimbit juga terpaksa dihadkan kerana perlu ke rumah sewa kakaknya yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya untuk mengcasnya sekiranya kehabisan bateri.

Katanya, dia bersama tiga adik-beradiknya membina rumah di kebun sawit berhampira­n rumah ayahnya, Che Nawan Abdullah, 64, yang juga kawasan tempatnya dibesarkan sebelum ini.

“Selain rumah nenek dan ayah di kawasan itu, terdapat tiga lagi rumah termasuk kediaman sendiri kerana dengan pendapatan sebagai penoreh getah, tidak mampu membeli tanah lain selain ia sudah sebati dengan kehidupan.

“Akibat rumah yang terletak satu kilometer ke dalam kawasan kebun sawit, ia menyukarka­n sambungan bekalan elektrik dan kemudahan jalan kerana jarak tiang elektrik terakhir dua kilometer dari rumah walaupun tanah kebun milik ayah hanya bersebelah­an jalan besar.

“Terdapat lima rumah di dalam kebun sawit milik ayah ini tetapi hanya empat yang berpenghun­i berikutan nenek sudah meninggal dunia. Sejak tahun lalu saya jarang pulang kerana menyewa rumah di Kampung Tok Randok berikutan saya baru selesai menjalani pembedahan.

“Saya mengalami ketumbuhan pada belakang leher, atas punggung dan membuang hempedu selain perlu menjalani rawatan susulan. Saya juga tidak boleh berjalan atau menaiki motosikal melalui jalan kebun sawit,” katanya.

Menurutnya, keluargany­a dan adik-beradik yang lain bukan tidak mampu membeli peralatan elektrik untuk kegunaan harian tetapi tiada bekalan utiliti membataska­n mereka.

Keluargany­a pernah menggunaka­n generator untuk televisyen tetapi kosnya pula tinggi selain penyelengg­araan alat itu mahal sekiranya rosak.

Fatimah berkata, pernah beberapa unit generator yang digunakan sebelum ini rosak lantas adiknya hanya menggunaka­n pelita untuk menyinari suasana malam di rumah mereka.

“Hampir 30 sanak-saudara saya tinggal di kawasan ini dan sebolehnya saya berharap kerajaan membina jalan untuk kami masuk ke kawasan rumah.

“Saya juga sangat berharap mendapat kemudahan infrastruk­tur kerana keadaan diri yang tidak sihat serta terpaksa menyewa rumah lain turut menambah beban saya sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil Ghazali Taib berkata, masalah itu berada dalam pengetahua­n pihaknya. Langkah yang akan diambil dalam masa terdekat adalah dengan membina laluan ke kawasan terbabit.

“Masyarakat perlu mengetahui status tanah untuk pembinaan rumah dan tanah pertanian selain prosedur yang perlu dipatuhi bagi mendapatka­n kemudahan,” katanya.

 ??  ?? AHLI keluarga Fatimah menulis sambil menjadikan pelita untuk mendapatka­n cahaya. FATIMAH bersama ahli keluargany­a.
PERIGI sumber air
keluarga.
AHLI keluarga Fatimah menulis sambil menjadikan pelita untuk mendapatka­n cahaya. FATIMAH bersama ahli keluargany­a. PERIGI sumber air keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia