Harian Metro

TUMBUK SAMPAI LEBAM

- Junaidi Ladjana news@nstp.com.my

Seorang lelaki tergamak menumbuk muka isterinya hingga lebam dalam kereta hanya kerana wanita itu lewat memberi anak mereka makan.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi, kelmarin, mangsa berusia 32 tahun bersama suaminya dalam perjalanan pulang dari mengambil anak mereka di sebuah sekolah di daerah ini.

Menurut sumber, sebelum itu suspek yang bekerja sebagai anggota penyelamat di

Kota Kinabalu memarahi isterinya kerana

lambat menyediaka­n makanan kepada anak bongsu mereka.

“Ketika itu, mangsa dikatakan sibuk melayan pelanggan yang membeli barangan di kedai runcit milik ibunya di bahagian luar rumah. Suspek kemudian mengemas pakaiannya serta anak dan memberitah­u isterinya mahu membawa anak mereka pulang ke Papar,” katanya, di sini, semalam.

Sumber itu berkata, mangsa kemudian mengejar suaminya yang ketika itu mengemas beg pakaian di dalam kereta sehingga berlaku pertengkar­an.

“Susulan

>>Suspek tumbuk muka isteri sehingga lebam

pertengkar­an itu ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah anak mereka, suspek menumbuk muka isterinya sehingga lebam.

“Berikutan itu, kira-kira jam 4 petang pada hari sama, mangsa membuat laporan polis,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superinten­dan Mohd Izaan Abdullah, ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berkenaan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Polis kini sedang mengesan suspek berkenaan dan dia dipercayai tidak tinggal di daerah ini,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Suami berang pasangan lewat beri anak makan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia