Harian Metro

TUBUH AKTA SEGERA

-

Undang-undang bagi mengekang berita palsu perlu segera diwujudkan untuk membendung tindakan pihak tertentu yang cuba menggugat keamanan dan keharmonia­n negara ini, kata Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata seharusnya, undang-undang ini sudah lama diwujudkan supaya masyarakat menjadi lebih bertanggun­gjawab dan tidak mudah menyebarka­n sebarang maklumat yang tidak tepat.

“Berita palsu juga boleh meruntuhka­n ekonomi, kewangan serta menjejaska­n hubungan baik Malaysia dengan negara lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pemukiman Pemimpin Mahasiswa Kelantan 1Malaysia di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, semalam.

Ahad lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan sebagai berkata, kerajaan akan mengkaji perkara itu kerana rakyat boleh terpesong sehingga membenci kerajaan atau melakukan sesuatu seperti merusuh kerana terpengaru­h dengan berita palsu.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan berkata, berita palsu termasuk melalui media sosial boleh menghakis keyakinan terhadap institusi kerajaan seperti yang pernah berlaku kononnya Tabung Haji menghadapi masalah kewangan yang ter- nyata tidak benar.

“Kami tidak sekat kebebasan bersuara, tetapi untuk menentukan keadilan supaya tiada pihak dianiaya dan tiada guna ambil tindakan selepas keadaan melarat,” katanya.

Beliau membidas pemimpin pembangkan­g yang tidak bersetuju dengan inisiatif kerajaan mewujudkan undang-undang itu dan menyifatka­n tindakan mereka itu berbaur politik.

Terdahulu, Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan

 Undang-undang penentu keadilan supaya tiada pihak teraniaya

Persekutua­n Negeri Kelantan meninjau pembinaan Hospital Bachok di sini yang bernilai RM140 juta dan menyifatka­n kemajuan pembinaan mencapai 24 peratus berbanding sasaran asal 17 peratus.

Beliau berkata, hospital mula dibina pada September 2016 itu dilengkapi pelbagai peralatan terkini dan mempunyai 76 katil itu dijangka dapat disiapkan menjelang September 2019.

Katanya, hospital itu antara pelbagai projek pembanguna­n dilaksanak­an kerajaan Persekutua­n bagi memenuhi keperluan rakyat Kelantan. - BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia