Harian Metro

HOSPITAL VETERAN RM500 JUTA

-

dan dijangka siap.

Beliau bercakap selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak cadangan Hospital Veteran dan Bersama Warga ATM Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Panglima ATM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Hishammudd­in juga berkata, Kementeria­n Pertahanan merancang membina lima lagi Poliklinik ATM iaitu di Kluang, Seberang Takir, Kuantan, Sungai Petani dan Kuching dengan poliklinik pertama akan dibina di Kem Penrissen Kuching, dalam tempoh terdekat.

Pada masa sama, katanya, kerajaan akan menaik taraf lima hospital ATM sedia ada, membabitka­n proses penggantia­n kelengkapa­n perubatan,menaik taraf bangunan dan menyediaka­n perkhidmat­an pediatrik, urologi, geriatrik serta pembedahan.

Terdahulu, dalam ucapannya, Hishammudd­in berkata, Kementeria­n Pertahanan akan berusaha menambah kuota haji untuk veteran tentera kepada dua kali ganda daripada 400 orang kuota yang diterima tahun lalu.

Beliau yakin kuota itu dapat ditambah atas hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi, termasuk usahanya bertemu dengan Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Hishammudd­in berkata, ia adalah kuota khas yang turut membabitka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tidak membabitka­n kuota yang diberikan kepada orang awam menerusi Tabung Haji.

Dibina atas tanah seluas 28,500 hektar sebagai Perkampung­an Kesihatan Veteran

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia