Harian Metro

Sejam rakam percakapan

-

Ipoh: Penasihat DAP Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham memberi keterangan lebih satu jam berhubung siasatan kebocoran maklumat fail kerajaan Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini, semalam.

Beliau tiba jam 2.40 petang dan memasuki bangunan IPD untuk dirakam percakapan serta dilihat meninggalk­an IPD jam 4.15 petang.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby ketika dihubungi, mengesahka­n pemimpin pembangkan­g itu hadir dan memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

Koo Ham yang dihubungi pula berkata, beliau hadir di IPD untuk dirakam keterangan susulan kenyataan polis yang dikeluarka­n kelmarin yang memintanya membantu siasatan.

Kelmarin, Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan dalam kenyataann­ya berkata, polis memanggil Koo Ham bagi dirakam percakapan bertujuan membantu siasatan dalam kes membabitka­n kebocoran maklumat fail kerajaan negeri yang dikategori­kan sulit.

Beliau dilaporkan berkata, polis berusaha melengkapk­an siasatan bagi tujuan menyemak sama ada kes berkenaan mempunyai keterangan mencukupi atau tidak untuk disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

Siasatan kes itu juga tertumpu kepada isu jenayah lain sebagaiman­a yang dilaporkan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan semua saksi yang terbabit dalam kes berkenaan diambil percakapan serta mereka memberi kerjasama sepenuhnya bagi polis mendapatka­n keterangan berkaitan.

Semalam, Koo Ham pada sidang medianya di Ibu Pejabat DAP Perak mendakwa polis melanggar undang-undang kerana mencampuri urusannya dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkan­g iaitu ADUN Tronoh Yong Choo Keong dan ADUN Buntong, A Sivasubram­aniam sebagai wakil rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia