Harian Metro

SAYANG TAK BERUBAH

- Asmah Rusman

Harapan mereka hanya satu. Mahu melihat anak angkat yang diambil sejak dilahirkan Disember lalu sihat dan boleh menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Nurul Diyanah Othman, 28, dan suaminya Nurul Faizal Mustafa, 38, berkata, meskipun bayi itu, Nurul Irdina Sofia menghidap masalah jantung namun dia redha dengan ketentuan Ilahi.

Katanya, anak angkatnya itu tinggal di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) selepas tiga hari dilahirkan dan memerlukan RM50,000 untuk kos pembedahan.

“Selepas lihat penafasann­ya tidak lancar, kami bawa ke klinik kesihatan untuk pemeriksaa­n sebelum dipindahka­n ke Hospital Kluang.

“Biarpun diuji begini kami nekad menjaganya bagai menatang minyak penuh dan berkorban apa saja demi menyelamat­kan nyawanya,” katanya di Hospital Gleneagle Kuala Lumpur.

Menurut Nurul Diyanah, dia menganggap kehadiran Nurul Irdina Sofia sebagai rahmat amat bernilai dalam hidupnya selepas lapan tahun menanti zuriat.

“Saya pernah hamil, tetapi keguguran dan sejak itu belum dikurniaka­n zuriat biarpun berusaha mendapatka­n rawatan melalui kaedah moden atau tradisiona­l.

“Pertemuan secara tidak sengaja dengan ibu Sofia, seorang wanita Indonesia membawa khabar gembira apabila dia mahu menyerahka­n anaknya kepada keluarga angkat kerana tidak mampu menjaganya,” katanya.

Katanya, selepas berbincang dengan keluarga, dia dan suami sepakat menjadikan bayi itu anak angkat sebelum ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk urusan dokumentas­i.

“Doktor yang merawatnya beritahu anak saya perlu menjalani pembedahan secepat mungkin dan kami sangat memerlukan bantuan orang ramai,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurk­an sumbangan ke tabung MEDIA PRIMA-NSTP HUMANITARI­AN FUND di akaun Maybank, 5141053231­70.

Cek juga boleh dihantar ke Bahagian Kumpulan Komunikasi Korporat, Media Prima Berhad, Tingkat 1, Anjung Riong, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur atas nama pesakit.

Bayi baru lahir hidap masalah jantung perlu RM50,000 biayai kos rawatan

 ??  ??
 ??  ?? NURUL Diyanah dan Nurul Faizal bersama anak mereka Nurul Irdina Sofia yang kini dirawat di Hospital Gleneagle.
NURUL Diyanah dan Nurul Faizal bersama anak mereka Nurul Irdina Sofia yang kini dirawat di Hospital Gleneagle.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia