Harian Metro

PELUANG MILIKI RUMAH

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

 LBS saran kakitangan perkhidmat­an awam mohon PPA1M Mercu Jalil

LBS Bina Group Berhad (LBS), pemaju perbandara­n terkemuka di negara ini menggalakk­an lebih ramai kakitangan perkhidmat­an awam untuk memohon Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) Mercu Jalil yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Projek yang dibangunka­n LBS itu kini dibuka untuk pemohonan dengan sambutan diterima dalam kalangan penjawat awam sangat positif dengan kumpulan pertama yang layak menjadi pemilik rumah sudah menandatan­gani perjanjian jual beli dan penyerahan unit, baru-baru ini.

Pengarah Urusan Kumpulan LBS Tan Sri Lim Hock San berkata, pihaknya menyokong inisiatif kerajaan yang membantu menjadikan rumah lebih dapat miliki dan berada dalam jangkauan untuk kategori rumah mampu milik.

“Kami sangat gembira melihat lebih ramai kakitangan perkhidmat­an awam memiliki kediaman di sini dan kami masih menerima pemohonan serta mengalukan mereka untuk merebut peluang ini sebagai langkah pertama bagi memiliki rumah sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini.

PPA1M Mercu Jalil terdiri daripada dua blok pangsapuri 47 tingkat dan memiliki sebanyak 1,360 unit kediaman di mana projek dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) sebanyak RM354 juta itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh empat tahun akan datang.

Beliau berkata, setiap unit mempunyai luas binaan bermula daripada 1,000 hingga 1,200 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi di mana ia ditawarkan pada harga berpatutan bermula dari RM245,000.

Menurutnya, PPA1M Mercu Jalil yang dibina di kawasan seluas 5.43 hektar itu turut menawarkan tempat letak kereta setinggi sembilan tingkat, dewan serbaguna, taman permainan kanak-kanak, taska, laluan joging, bilik solat dan kawasan hijau untuk aktiviti komuniti serta rekreasi.

“PPA1M juga memiliki lokasi strategik kerana ia dikeliling­i pelbagai kemudahan dan dapat diakses melalui Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Bukit Jalil, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Maju Expressway (MEX) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia