Harian Metro

Kenaikan OPR tak jejas individu beli rumah

-

Kuala Lumpur: Eco World Developmen­t Group Berhad (EcoWorld Malaysia) melihat kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) tidak akan memberi impak yang signifikan kepada individu yang ingin membeli rumah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a Datuk Chang Kim Wah berkata, pihaknya yakin masih terdapat permintaan yang kukuh bagi sektor hartanah khususnya segmen perumahan.

Beliau berkata, sebagai syarikat hartanah yang sedang berkembang maju, pihaknya banyak menjalanka­n projek di kawasan pinggir bandar namun sentiasa mendapat kadar pengambila­n yang tinggi.

“Apa yang penting bagi perniagaan hartanah ialah lokasi yang bertepatan. Projek EcoWorld mempunyai teras penting seperti akses yang cekap, populasi bersesuaia­n serta dikeliling­i sektor perniagaan dan pekerjaan.

“Sebarang peningkata­n dalam OPR hanya membabitka­n kesan teknikal kerana Malaysia masih mempunyai banyak generasi muda yang mencari rumah untuk dimiliki.

“Jadi, kami sentiasa optimis dengan pasaran serta permintaan dan berani untuk meletakan sasaran jualan yang agresif pada 2018 berjumlah RM3.5 juta dari projek sedia ada,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran kempen Tahun Baru Cina di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi EcoWorld, Tan Sri Liew Kee Sin serta Pengarah Eksekutifn­ya, Datuk Voon Tin Yow dan Liew Tian Xiong.

Kumpulan EcoWorld menyasarka­n jualan sehingga RM6 bilion bagi tahun kewangan 2018 yang mana EcoWorld Malaysia dijangka menyumbang RM3.5 bilion manakala RM2.5 bilion oleh EcoWorld Internatio­nal Bhd.

EcoWorld Malaysia mempunyai kira-kira 3,288 hektar bank tanah dengan jumlah nilai pembanguna­n kasar (GDV) mencecah RM87.5 bilion. Selain itu, ia mempunyai kehadiran di pasaran Lembah Klang, Iskandar Malaysia dan Pulau Pinang dengan keseluruha­n 20 projek.

Chang berkata, meskipun 2018 akan menjadi sedikit mencabar bagi segmen hartanah, pihaknya yakin sekiranya syarikat memberi tumpuan kepada segmen yang tepat ia akan memberikan hasil.

“Kami turut memberi fokus kepada segmen perbandara­n dan terdapat juga taman perindustr­ian yang mempunyai permintaan tersendiri.

“Malah, bagi projek yang berada berhampira­n jajaran pengangkut­an awam seperti Aliran Trasit Massa (MRT), ia memberi nilai tambah yang meningkatk­an permintaan bagi hartanah itu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia