Harian Metro

BUKA 3 HOTEL

Hilton Garden Inn dapat sambutan positif pelancong tempatan, antarabang­sa

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Jenama hotel global, Hilton merancang membuka tiga lagi hotel di bawah jenama Hilton Garden Inn di Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pengurus Besar Serantau Hilton Malaysia Jamie Mead berkata, hotel terbabit menerima sambutan baik sejak hotel pertama dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman Disember tahun lalu.

“Kami akan membuka satu lagi Hilton Garden Inn 30 meter dari hotel pertama dan di Puchong pada suku ketiga tahun ini serta hotel keempat di Johor Bahru pada tahun depan,” katanya pada taklimat media mengenai Hilton Garden Inn di sini.

Mead berkata, pihaknya melihat jenama hotel itu akan terus mendapat sambutan positif dalam kalangan pelancong tempatan dan antarabang­sa melalui tawaran nilai baik, lokasi strategik dan hospitalit­i Hilton yang berkualiti.

“Kami yakin prospek pelanconga­n Malaysia berdasarka­n perjalanan perniagaan dan percutian yang berkembang dalam kalangan pelancong Malaysia dan ASEAN,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Operasi Hilton Asia Tenggara Paul Hutton berkata, pembukaan hotel terbabit melengkapk­an portfolio jenamanya yang sedia ada dan ia adalah jenama ketiga Hilton di Malaysia.

Menurutnya, beliau berbangga Hilton Garden Inn bertapak di destinasi popular dunia dan terletak di lokasi strategik iaitu Chow Kit yang menggabung­kan keunikan warisan lama dan baru.

“Saya gembira membina kerjasama yang berjaya dengan Royal Group Capital untuk membuka dan menguruska­n hartanah Hilton kedua mereka,” katanya.

 ??  ?? MEAD di depan Hotel Hilton Garden Inn di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
MEAD di depan Hotel Hilton Garden Inn di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
 ??  ?? REKA bentuk bilik di Hilton Garden Inn memenuhi selera pelanggan.
REKA bentuk bilik di Hilton Garden Inn memenuhi selera pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia