Harian Metro

KEMPUNAN SAMSUNG S8

- Reuters

Atlet hoki ais Korea Utara untuk Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchan­g, kempunan untuk memiliki telefon pintar Samsung, Galaxy S8 dan pakaian sukan Nike yang disediakan percuma untuk semua 3,000 atlet berikutan sekatan ekonomi yang dikenakan terhadap Korea Utara oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut jurucakap Samsung Electronic­s, 4,000 telefon berkenaan akan diedarkan Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa kepada atlet dan pegawai.

Namun, jawatankua­sa itu kini tidak pasti sama ada atlet Korea Utara boleh menerima barangan berkenaan kerana memberi telefon berharga $930 (RM3,616) itu melanggar sekatan PBB yang melarang penjualan barangan mewah dan elektronik yang berpotensi untuk kegunaan tentera.

Atlet hoki ais Korea Utara bergabung sebagai satu pasukan dengan pemain Korea Selatan, bertanding sebagai satu negara di sukan berkenaan buat kali pertama.

Mereka tinggal di perkampung­an sukan yang sama, berlatih bersama-sama mulai minggu ini, malah berkongsi kek sambutan hari jadi seorang ahli pasukan baru-baru ini.

Anggota kontinjen Korea Utara, termasuk skuad penyokong dan pegawai juga ditempatka­n di hotel mewah.

Namun, atlet Korea Utara memakai jersi buatan syarikat dari Finland, bukan jersi penaja utama Sukan Olimpik itu, Nike, kerana penganjur bimbangkan peraturan sekatan oleh Amerika Syarikat terhadap

 Sekatan PBB halang pemberian telefon pintar,

pakaian sukan untuk atlet Korea Utara

Korea Utara.

Sekatan tidak rasmi Amerika lebih ketat berbanding PBB, mengharamk­an semua syarikat dan rakyat negara itu berurusan dengan Korea Utara.

Malah, atlet Korea Utara juga perlu memulangka­n jersi, kayu hoki dan peralatan lain yang disewa khas untuk mereka sebelum meninggalk­an Korea Selatan.

“Kami berusaha mencari jalan untuk mengenepik­an sekatan itu,” kata seorang pegawai.

Presiden Korea Selatan Moon Jae-in berusaha keras bagi membolehka­n Korea Utara menyertai kejohanan itu dengan harapan dapat mengurangk­an ketegangan antara kedua-dua negara.

 ??  ?? ATLET Korea Utara dan Selatan menjalani sesi latihan di resort ski Masikryong, Korea Utara. - AFP
ATLET Korea Utara dan Selatan menjalani sesi latihan di resort ski Masikryong, Korea Utara. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia