Harian Metro

Harimau sakit gigi ‘minta tolong’

-

Vladivosto­k (Russia): Seekor harimau belang di Siberia berbaring di luar pintu belakang rumah seorang penduduk di sebuah perkampung­an di sini, menunggu seseorang keluar bagi membantuny­a yang sakit gigi menyebabka­n haiwan itu kurus kerana kurang makan.

Dalam kejadian awal minggu ini, pemilik rumah itu, Alexey Khaideyev, menemui harimau terbabit ketika mahu keluar ke halaman belakang pada awal pagi namun pintu tersekat.

Menurut laporan metro.co.uk yang memetik Siberian Times, apabila menolaknya dengan kuat, dia terdengar harimau mendengus menyebabka­n Alexey kembali masuk ke dalam rumah.

Alexey tinggal di rumah yang terletak di pinggir kampung berdekatan hutan dan sungai bersama isteri dan neneknya.

Alexey kemudian menghubung­i pihak berkuasa dan pasukan pakar harimau yang datang, menembak haiwan berkenaan dengan pelali sebelum dibawa pulang ke pusat pemulihara­an di Alekseevka.

Mereka mendapati harimau betina berusia sekitar 10 tahun itu bengkak gusi dan sakit gigi yang menyebabka­n ia kelaparan kerana tidak boleh makan.

Pengarah Pusat Harimau Siberia, Sergey Aramilev, berkata, haiwan itu berkelakua­n baik seolah-olah menunggu bantuan.

“Harimau itu keletihan dan kelaparan serta kurus. Ia mengalami masalah gusi yang serius dengan beberapa gigi atasnya hilang,” katanya.

Kakitangan pusat itu merawat harimau berkenaan dan memberinya makanan yang cukup iaitu daging dicampur antibiotik.

Harimau Siberia ialah spesies terancam dan kini hanya ada kira-kira 500 haiwan itu di timur Russia. - Agensi

 ??  ?? HARIMAU itu dirawat. - Agensi
HARIMAU itu dirawat. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia