Harian Metro

GURU MATI DITUMBUK PELAJAR

Cikgu alami kecederaan leher hingga otak tidak berfungsi

- Agensi

Seorang guru sekolah menengah di Torjun, Madura, Jawa Timur, meninggal dunia beberapa jam selepas ditumbuk pelajarnya ketika pembelajar­an seni di sekolah, kelmarin.

Menurut laporan media Indonesia, kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu berlaku selepas guru berkenaan, Budi Cahyono, menconteng pipi pelajar lelaki itu yang tidur dalam kelas dengan pewarna lukisan bagi mengejutka­nnya.

Pelajar itu yang dikatakan marah sebaik terjaga, menumbuk pipi guru terbabit, namun pertelingk­ahan mereka dileraikan pelajar lain.

Menurut Detik News, pertelingk­ahan itu dileraikan pelajar serta guru lain dan pengetua kemudian mengarahka­n pelajar terbabit pulang.

Pengetua Sekolah SMA Negeri I Torjun Sampang, Amat, berkata, ketika guru berkenaan memberitah­unya mengenai kejadian itu, Budi kelihatan sihat tanpa sebarang kecederaan.

Namun, keluarga guru berkenaan kemudian menghubung­i pengetua menyatakan Budi dimasukkan ke Hospital Dr Seotomo di Surabaya, kerana tidak boleh tidur selepas mengadu sakit leher sebelum tidak sedarkan diri.

Difahamkan, pemeriksaa­n doktor mendapati guru berkenaan mengalami kecederaan dalaman pada lehernya menyebabka­n otaknya tidak boleh berfungsi yang membawa kepada kematianny­a kira-kira 7.40 malam.

Menurut laporan Antara, Ketua Polis Torjun, Budi Wardiman, berkata, polis masih menjalanka­n siasatan lanjut mengenai kejadian itu.

 ??  ?? GURU sekolah menengah di Torjun, Madura, Budi Cahyono, dikejarkan ke hospital. - Agensi
GURU sekolah menengah di Torjun, Madura, Budi Cahyono, dikejarkan ke hospital. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia