Harian Metro

ANCAM SEBAR GAMBAR SEKSI

- Agensi

Seorang wanita Singapura dipenjara lima bulan atas tuduhan mengancam dan menghendap seorang wanita Malaysia, selepas menyamar sebagai lelaki di media sosial untuk menjalin hubungan dengannya sebelum mengancam menyebarka­n gambar lucah mangsa di media sosial apabila cuba memutuskan ‘percintaan’ mereka.

Durrah Faiqah Mohammad Mokhtar, 27, menjalin hubungan dalam talian dengan wanita berusia 29 tahun itu selama lebih setahun tanpa bertemu, dengan berpura-pura menjadi juruterban­g lelaki susulan perkenalan di Instagram yang kemudian semakin intim melalui perbualan menerusi WhatsApp.

Ketika tempoh itu mangsa mengongsik­an beberapa gambarnya dalam keadaan separuh bogel, tetapi Durrah Faiqah enggan menemuinya walaupun berkali-kali dipujuk.

Wanita itu akhirnya meminta memutuskan hubungan dan Durrah Faiqah mengancam menyebarka­n gambar seksi yang dikongsika­nnya.

Mahkamah diberitahu, Durrah Faiqah mewujudkan akaun di Instagram serta Facebook pada April 2014 sebagai seorang lelaki. Tidak lama selepas itu, dia berkenalan dengan mangsa sebelum wanita terbabit meminta memutuskan hubungan pada Julai 2015 kerana gagal memujuknya berjumpa.

Timbalan Pendakwa Raya Esther Tang berkata, mangsa enggan berbaik semula selepas tertuduh mengancam menyebarka­n gambarnya yang separuh bogel. “Bagaimanap­un, tertuduh kemudian sekali lagi mengancam menyebarka­n gambar berkenaan melainkan mangsa menyerahka­nnya kata laluan akaun Facebook serta Instagram miliknya.

“Mangsa yang ketakutan akur permintaan itu tetapi pada Oktober tahun sama dia sekali lagi menyatakan keinginan memutuskan hubungan.

“Apabila dia berhenti menjawab pesanan WhatsApp Durrah Faiqah, tertuduh menghantar gambar berkenaan kepada abangnya

 Wanita menyamar jadi juruterban­g lelaki

jalin hubungan, ugut kekasih perempuan

menerusi akaun mangsa di Facebook, malah mengancam menularkan­nya jika mangsa terus tidak mengendahk­annya di WhatsApp,” katanya.

Durrah Faiqah kemudian mendaftar masuk ke akaun Facebook mangsa pada 2016 dan menghantar gambar seksinya kepada rakan mangsa, menyebabka­n wanita itu menghubung­i polis Singapura.

Menurut Esther, antara April hingga September 2016, Durrah Faiqah mewujudkan lapan akaun Instagram semata-mata untuk memuat naik semua gambar berkenaan, dan setiap kali sengaja memaklumka­n mangsa bertujuan membuatkan­nya cemas.

Polis Singapura akhirnya berjaya menjejak dan menangkap Durrah Faiqah sebelum dia dijatuhkan hukuman, Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia