Harian Metro

40 tahun dalam hospital mental

-

Chicago: Mahkamah mengarahka­n seorang remaja perempuan yang menikam rakannya untuk mendapat pengiktira­fan watak seram fiksyen, ‘Slender Man,’ ditahan di hospital jiwa selama 40 tahun.

Ketika menjatuhka­n hukuman maksimum itu, Hakim Michael Bohren berkata, keputusann­ya turut mengambil kira ‘perlindung­an masyarakat.’

Gadis berkenaan, Morgan Geyser, berusia 12 tahun ketika dia dan rakan seusianya Anissa Weier menyerang seorang lagi gadis sebaya, Payton Leutner 19 kali di kawasan hutan berhampira­n rumah mereka di pinggir Milwaukee pada 2014.

Mereka mengaku mengumpann­ya ke kawasan itu dan meninggalk­annya untuk mati, tetapi Payton yang parah berjaya merangkak keluar dan mendapat bantuan orang ramai yang kebetulan lalu di situ.

Morgan dan Anissa yang kini berusia 15 tahun sebelum ini berkata, mereka melaksanak­an serangan itu untuk mendapat pengiktira­fan Slender Man, watak fiksyen seram dalam talian yang mereka percaya wujud.

Menurut mereka, watak itu memaksa mereka melakukan pembunuhan dengan mengancam nasib malang terhadap ahli keluarga masing-masing jika arahan berkenaan tidak dipatuhi. Anissa dipenjara 25 tahun di hotal sakit jiwa Disember lalu selepas mengaku salah.

Susulan itu, dalam keputusann­ya, Bohrne berkata: “Kita tidak boleh lupa ini adalah cubaan membunuh.”

Katanya, keterangan menunjukka­n Morgan berjiwa rapuh dan mengalami delusi sejak tempoh lama sehingga mampu menjadi risiko bukan saja untuk orang ramai tetapi juga diri sendiri.

Morgan yang diberi masa membuat kenyataan sebelum dihukum, menangis ketika memohon maaf kepada mangsa. - AFP

 ??  ?? Morgan ketika menghadiri prosiding itu. - Agensi
Morgan ketika menghadiri prosiding itu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia