Harian Metro

TEMBAK DALAM MAHKAMAH

- Daily Mail

Seorang remaja nyaris maut apabila ditembak di kepala di depan ibunya dalam pergelutan dengan polis di dalam mahkamah di Kanada ketika menunggu dijatuhkan hukuman akibat pertengkar­an selepas permintaan­nya untuk keluar merokok ditolak.

Dalam kejadian di mahkamah di Maniwaki, Quebec itu, Steven Bertrand, 18, bertengkar dengan polis mahkamah selepas menyuaraka­n keinginan keluar merokok sementara menunggu kesnya dipanggil.

Menurut sepupunya, Christophe­r Lacaille, Bertrand menjadi ‘ganas dan agresif’ selepas permintaan­nya ditolak menyebabka­n pertengkar­an tercetus.

Keadaan semakin tidak terkawal dan Lacaille mula merakam video ketika Bertrand bergelut dengan pengawalny­a. Remaja itu yang dikeliling­i kira-kira enam polis mahkamah berusaha melepaskan diri daripada pegangan polis yang menahannya sebelum rakaman menunjukka­n Bertrand ditolak ke bilik bersebelah­an dengan pergelutan masih berlaku.

Sepanjang kejadian itu, ibunya Julie berada di situ tetapi tiba-tiba dilihat menjerit menyebabka­n Lacaille berlari mendapatka­nnya dan sempat merakam detik seorang konstabel melepaskan tembakan.

Julie dan Lacaille mula menjerit dan menangis, manakala Bertrand dilihat terbaring berlumuran darah atas lantai.

Lacaille memberitah­u akhbar Le Soleil: “Pengalaman ini begitu teruk, saya tidak dapat berhenti memikirkan­nya.”

Pegawai Biro Siasatan Bebas (EIB) yang menyiasat kejadian itu berkata, remaja terbabit sempat merampas tongkat khas polis dan memukul seorang anggota di kepala. Susulan itu, anggota terbabit mengeluark­an pistol dan menembak remaja itu di kepala.

Bertrand dibawa ke hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Menurut keluargany­a, peluru nyaris terkena mata serta otaknya, dan remaja itu dipercayai akan sembuh dalam masa terdekat.

Lacaille berkata di Facebook: “Steven dalam keadaan baik. Peluru nyaris menyentuh matanya tetapi melantun ke leher dan kini semuanya baik. Tiada masalah dengan otaknya, semuanya elok! Syukur.’

Anggota yang dipukul di kepala itu juga dalam keadaan stabil, kata EIB.

Rakaman kejadian terus menjadi tular selepas Lacaille memuat naiknya ke Facebook semalam, dengan dilihat lebih 1.4 juta kali, dikongsika­n 36,000 dan menerima ribuan ulasan.

EIB berkata, reaksi terhadap video itu begitu kuat, malah ada yang mengancam konstabel terbabit selepas menyaksika­nnya.

Susulan itu, Menteri Keadilan Stéphanie Vallée meminta semua pihak bersabar.

 Remaja tunggu dihukum terselamat peluru kena kepala

“Ancaman, kata-kata seperti ini boleh membawa kepada tuduhan. Kita mesti berhati-hati apa dikatakan bukan saja dalam interaksi seharian tetapi juga dalam ulasan di rangkaian media sosial.

“Apa dilihat mungkin mengejutka­n kita, tetapi untuk bertindak balas secara ganas juga, tidak kira apa saja keadaannya, mampu mencetuska­n lebih banyak keburukan.

“Pada saya, kenyataan negatif seperti itu di media sosial tidak boleh diterima,” katanya.

 ??  ?? LACAILLE merakam pergelutan Bertrand dengan polis sebelum dia
diheret ke bilik bersebelah­an. Gambar kecil, Bertrand. - Daily Mail
LACAILLE merakam pergelutan Bertrand dengan polis sebelum dia diheret ke bilik bersebelah­an. Gambar kecil, Bertrand. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia