Harian Metro

Keletihan tak rencat semangat Gavin

-

Kuala Lumpur: Gavin Green (gambar) yang masih keletihan, tetap menjadi pemain terbaik Malaysian pada saingan Kejuaraan Maybank di Kelab Golf dan Country Saujana, semalam.

Gavin yang tampil dengan empat di bawah par kelmarin, berjaya melakukan tiga bawah par 137 untuk berkongsi kedudukan ke-25 bersama juara bertahan, Fabrizio Zanotti dari Paraguay dan 10 lagi pemain apabila melakukan bogey pada lu- bang pertama dan sembilan namun bangkit dengan enam birdie.

“Saya rasa sedikit keletihan dan kelesuan kerana ia adalah minggu keempat berturut-turut saya dan adalah baik kerana saya boleh berehat sekarang, saya boleh dapat sedikit rehat. Jadi saya rasa saya hanya akan banyak berehat sekarang dan keluar dengan adik (Galven).

“Saya akan meraikanny­a buat masa ini. Melepasi tiga cut berturut-turut, saya tidak boleh mengeluh,” kata Gavin selepas mengakui dia masih ada masalah dengan pukulan tee dan berasa agak pelik pada permulaan pusingan kedua.

Pemain berusia 24 tahun yang juga juara bertahan Order of Merit Jelajah Asia itu beraksi dalam kejohanan keempat dalam tempoh empat minggu dengan penampilan pertama 2018 ialah Piala EurAsia selepas dipilih kapten Team Asia, Arjun Atwal diikuti kelapan kejohanan Terbuka Singapura.

Dia menyertai Taiwan Masters 2017 sebelum bersaing dalam Jelajah Eropah, Dubai Classic dengan dia menamatkan saingan di kedudukan ke-45 minggu lalu.

Sementara itu, mengekori Gavin dan 11 yang lain dengan kurang satu pukulan ialah Amir Nazrin yang melakukan 70-68, hasil lima birdie dan dua bogey untuk enam bawah par 138 dan berkongsi kedudukan ke-37.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia