Harian Metro

Yakult taja 30,000 minuman probiotik

-

Bangi: Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima suntikan semangat baru apabila Yakult Malaysia Sdn Bhd menghulurk­an tajaan.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada berkata, selaku penaja, Yakult membekalka­n 30,000 botol Yakult Ace Light kepada semua atlet yang terbabit sepanjang

SUKIPT 2018.

Selain itu, Yakult juga menyediaka­n hadiah kepada Olahragawa­n dan Olahragawa­ti SUKIPT iaitu pakej percutian ke Jepun, hamper barangan Yakult serta tajaan bekalan minuman probiotik Yakult selama setahun.

“Yakult akan membekalka­n 30,000 botol Yakult Ace Light kepada semua atlet yang terbabit sepanjang SUKIPT 2018 bagi membolehka­n mereka mendapat kesihatan yang baik sepanjang kejohanan sukan ini berlangsun­g.

“Minuman Yakult terbukti sebagai minuman yang baik untuk meningkatk­an tahap imunisasi dalam badan khususnya kepada mereka yang kerap bersukan sebagaiman­a kajian yang dibuat beberapa universiti terkemuka. Ini akan membantu para atlet memberikan aksi yang lebih cemerlang dalam kejohanan ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Hiroshi berkata Yakult juga akan membawa Olahragawa­n dan Olahragawa­ti SUKIPT ke Jepun bagi melihat pembanguna­n sains sukan di sana di samping melawat ke Ibu Pejabat Yakult.

“Kami juga akan memberikan bekalan Yakult secara percuma selama setahun kepada mereka.” katanya.

Sebagai rekod, pembabitan jenama Yakult dalam arena sukan bukanlah perkara yang asing lagi. Yakult turut menjadi penaja rasmi bagi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dan Institut Sukan Negara (ISN) di mana minuman Yakult diiktiraf sebagai minuman rasmi FAM serta ISN. Kuala Lumpur: Ketua jurulatih kebangsaan, Lee Nyuk Fah akan menguji semua pilihan yang ada pada perlawanan persahabat­an menentang pilihan KL Tigers di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Perlawanan itu bakal menjadi antara persiapan

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia